Musim durian kembali lagi!
Kalau anda nak cari durian paling sedap paling enak, di bawah terdapat beberapa lokasi jualan yang terletak sekitar Selangor, ada pelbagai jenis durian dengan harga yang berpatutan.
Memudahkan lagi, perkhidmatan penghantaran juga ditawarkan untuk melindungi anda dan yang tersayang.
Say Heng Durian Stall, Subang Jaya
Kedai ini menawarkan pelbagai jenis durian termasuk XO, Udang Merah, Tracka, Golden Phoenix dan sebagainya.
No Telefon – 6012-9992333
Durian Bear, Petaling Jaya
Durian Bear bukan sahaja menawarkan durian, namun juga produk berasaskan durian seperti krepe durian, kek durian, cendol durian dan tempoyak.
No telefon – 6016-8947992
Ezy Durian, Batu Caves
Kedai menjual pelbagai rangkaian durian termasuk jenis durian yang masih belum tiba musimnya seperti Durian Lipan Merah, Durian Balik Pulau, Durian D144 dan banyak lagi.
No telefon – 6011-2081 9711
Pasar Tani Kekal Selayang
Tidak hanya menjual durian, di sini juga terdapat pelbagai pilihan buah-buahan seperti manggis, langsat dan dan lain-lain.
No telefon – 6019-6630733
Berkeley Durian, Klang
Durian yang dijual termasuk Udang Merah, D24, Butter King, Black Thorn dan banyak lagi. Terdapat juga jenis buah lain seperti avokado, strawberi, buah naga dan juga produk lain seperti telur organik.
No telefon – 6016-6491511
Durianity, Puchong
Di sini menjual juadah-juadah unik lain yang berasaskan durian, termasuk Piza Durian, Nasi Goreng Bersama Musang King, dan juga Kopi Musang King.
No telefon – 6012-5228611
Durian Man, Petaling Jaya
Yang best di sini mempunyai premis yang selesa dan sesuai untuk keluarga dan kumpulan rakan-rakan untuk menikmati durian yang segar dari ladang secara hidang atau jamuan buffet.
No telefon – 6012-2345619
Siapa yang nak beli durian, dapatkan di 7 lokasi ini.