Macam mana cara anda pakai pelembap? Sesudah mencuci, lapkan muka sampai kering dan baru pakai pelembap? Cara anda salah!
Menggunakan pelembap pada waktu yang optimum dapat membantu anda memperoleh semua faedahnya. Daripada mengeringkan muka anda, sebaiknya letakkan pada saat kulit anda masih lembap.
Lepas Cuci Terus Pakai Pelembap
Ini akan membantu mengunci kelembapan dan menghidrat kulit anda lebih baik daripada jika anda menggunakan pelembap ketika kulit sudah kering sepenuhnya.
Rahsia Kulit Porselin Wanita Korea
Sebenarnya, wanita Korea yang terkenal dengan kulit proselin menggunakan pelembap hanya dalam 3 saat mencuci muka.
- Foto – Tatler Hong Kong
Salah satu peraturan pelembapan 3 saat mengharuskan anda menggunakan pelembap anda tepat setelah mencuci muka, seperti dalam masa 3 saat. Anda tak perlu beria nak mengeringkan muka tetapi apply pelembap sebaliknya.
Kebaikan Peraturan 3 Saat
- Membantu kulit menyerap produk dengan lebih baik
Sekiranya anda menggunakan produk penjagaan kulit sebaik sahaja mencuci muka, kulit anda akan memanfaatkan sepenuhnya produk ini. Kerana lapisan luar kulit anda berfungsi sebagai pelindung dan bertindak sebagai penghalang antara sel hidup dan persekitaran.
- Menjadikan kulit anda kelihatan lebih muda
- Foto – Pinterest
Kulit yang terhidrasi kelihatan plump dan awet muda, dan ini bukan sekadar ilusi optik. Apabila kulit anda kering, ia menjadikan semua garis-garis halus dan kedutan lebih kelihatan.
- Ia menjadikan kulit anda lebih sihat
Sekiranya anda menggunakan pelembap anda sebaik sahaja mencuci muka, ia membantu kulit anda mengekalkan keseimbangan. Apabila kulit anda terlalu kering, kelenjar di bawah permukaan mula menghasilkan sebum lebih banyak untuk meneutralkan kekeringan, yang akhirnya boleh menyebabkan jerawat.
- Melindungi kulit anda dari kerosakan akibat sinar matahari
Wanita Korea tahu bagaimana melindungi kulit mereka dari sinar UV yang berbahaya, dan menggunakan pelembap sejurus selepas membersihkan wajah anda adalah langkah penting.
Selepas ini cuba cara ini dan lihat perubahan ketara pada kulit. Selamat beramal!