“Walaupun dah buat live hampir sebulan, tapi sambutan masih kurang memberangsangkan,” itulah yang dihadapi oleh pengasas KK Cosmetic, Siti Khadijah Binti Shaharum.
Sangat cintakan dunia kecantikan, penjagaan wajah dan tubuh, wanita kelahiran Pulau Pinang dan sekarang menetap di Nilai ini banyak menimba ilmu dengan kelas-kelas kecantikan mendorongnya untuk memulakan perniagaan KK Cosmetic.
- Pengasas KK Cosmetic, Siti Khadijah Binti Shaharum. Foto – KK Cosmetic
Nak mula satu perniagaan bukanlah perkara mudah, modal untuk memulakan perniagaan adalah dari tabungannya sendiri.
Dia juga memerlukan kajian mendalam terhadap bahan-bahan yang bersesuaian untuk produk yang dicipta, merekrut agen untuk memasarkan produk serta mengetengah dan memperkenalkan KK Cosmetic di dalam pasaran.
Kata wanita 34 tahun ini, dia perlu kuat untuk memastikan pernigaan terus berkembang demi meneruskan kelangsungan hidup.
Bayangkan dengan suami yang terpaksa bekerja jauh, menjadikan keadaan sedikit sukar buat ibu kepada dua cahaya mata ini menguruskan anak-anak dan perniagaan.
Jadi Agen KK Cosmetic Bawa Keuntungan Diri
Walaupun masih muda dalam arena kecantikan, tetapi KK Cosmetic mempunyai beberapa agen di bawahnya yang kekal aktif. Semua kerana dua produk mekar iaitu Kesuma Foundation dan Morrocan Argan Oil, mendapat kepercayaan pembeli dengan penggunaan bahan-bahan asli yang diyakini.
- Produk terlaris KK Cosmetic ‘Kesuma Foundation’. Foto – KK Cosmetic
Jadi egen di KK Cosmetic banyak kelebihan yang menarik. Antaranya keuntungan dari harga jualan yang berbaloi, bimbingan penuh dari ibu pejabat, bantuan bahan-bahan dan keadah pemasaran, kelas-kelas pemasaran dan ‘personal coaching’.
- Foto – KK Cosmetic
Siti Khadijah sendiri menghadiri kelas kecantikan dan aktif mengadakan sesi ‘live’ kelas solekan untuk berkongsi dengan para wanita di luar.
Pasaran Produk Kosmetik Di Outlet Fizikal
Menurut Siti Khadijah, perancangan akan datang untuk fokus mengeluarkan produk kosmetik yang berkualiti menggunakan bahan-bahan terbaik pada harga mampu milik yang memudahkan setiap wanita.
- Foto – KK Cosmetic
Di samping itu, KK Cosmetic di dalam perancangan untuk menembusi pasaran fizikal di outlet yang menjadi tumpuan mendapatkan produk kosmetik seperti Watson, Guardian, Caring dan sebagainya.
Semoga pengasas KK Cosmetic ini terus cekal berjuang meneruskan perniagaan yang dicintainya dengan berkongsi kualiti dan kebaikan produknya.
- Foto – KK Cosmetic
Akhir kata dari wanita cekal ini, dia berharap untuk mengembangkan lagi koleksi kosmetik di pasaran. Dapat membantu lebih ramai wanita menjana pendapatan bersama-sama dan jenama ini setanding jenama terkenal yang lain.
Sempena bulan kemerdekaan, KK Cosmetic ada membuat promo harga murah, iaitu Kesuma Foundation hanya RM49 dan Combo Foundation+Argan RM79, anda boleh beli di sini.
- Foto – KK Cosmetic
Pada wanita di luar sana, kalau rasa pendapatan sekarang tidak mencukupi, apa kata ambil peluang dengan membuat duit bersama KK Cosmetic. Info lanjut, boleh layari laman web rasmi di sini.