Kita semua tahu kosmetik Rare Beauty milik Selena Gomez telah memasuki pasaran Sephora di Asia Tenggara. Rasanya bukan penulis seorang saja yang teruja, pasti yang lain turut sama merasainya.
Menghadiri sesi pengenalan produk di Sephora, penulis nak beritahu tiga produk Rare Beauty yang mesti anda beli dan cuba, ini diakui oleh bintang berpengaruh ini sendiri.
Rare Beauty Perfect Strokes Matte Liquid Liner
Selena Gomez mahir membuat winged eyeliner dengan menggunakan liquid liner matte hitam ini.
- Foto – Rare Beauty
Sangat mudah dan tepat untuk membentuk, semuanya kerana tekstur berus yang halus dan fleksibel dengan lebih daripada 1,000 bulu vegan yang lembut. Formula kalis air, tahan lama tidak akan pudar, sesuai dipakai sepanjang hari.
Rare Beauty Liquid Touch Brightening Concealer
Dibuat dengan campuran botanik teratai, gardenia, dan teratai putih, formula ini membantu menenangkan, dan menyihatkan kulit.
- Foto – www.sephora.my
Ia dengan segera menyembunyikan apa yang ingin anda sembunyikan, seperti cela, lingkaran hitam, kemerahan, garis halus, dengan litupan sederhana yang memberi kemasan kulit yang berseri.
Rare Beauty Soft Pinch Liquid Blush
Disuntik dengan pigmen warna tahan lama sesuai dipakai sepanjang hari. Formula ini tidak mencomot dan mengganggu solekan walau dilapis di atas formula cecair atau serbuk.
- Foto – Rare Beauty
Terdapat dalam kemasan matte dan dewy untuk yang sukakan solekan ala-ala Korea yang glowing.
Nak tengok produk Rare Beauty yang lain, boleh semak Sephora Malaysia, cepat sebab banyak dah kehabisan stok!