Musim penyakit ini, doktor saran beli tiga benda ini!
Tiga alat iaitu Pulse Oximeter, Blood Pressure Monitor dan Thermometer sangat penting untuk memantau keadaan oksigen dalam darah (spo2), kadar denyutan nadi (pulse rate), tekanan darah, dan suhu badan.
Oleh itu, dengan adanya tiga alat ini, anda dan petugas kesihatan boleh mengetahui status kesihatan anda dengan lebih tepat. Baru tindakan awal dan segera boleh dilakukan sebelum terlambat.
Pulse Oximeter Boleh Selamatkan Nyawa Anda
- Foto – OnHealth
Entry ini, penulis nak beritahu kegunaan alat Pulse Oximeter. Pulse oximeter berfungsi untuk mengukur tahap oksigen dalam badan dan kadar denyutan jantung anda.
Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat 3 kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari. Sebagai contoh 3 kali sehari mengikut waktu makan.
Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.
- Tanggalkan pewarna kuku/kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk.
- Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum melakukan pengukuran.
- Letakkan tangan anda di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut.
- Hidupkan Pulse Oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada.
- Kekalkan posisi tangan anda dengan Pulse Oximeter sekurang-kurangnya 1 minit atau sehingga bacaan menjadi stabil.
- Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama 5 saat.
- Pastikan setiap pengukuran dilakukan dengan berhati-hati.
- Foto – FB KKM
Anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95%. Paras oksigen normal adalah di antara 95% – 99% dan kadar denyutan jantung normal adalah di antara 50 – 90 seminit.