Tanya pakar dermatologi, nak mendapatkan kulit yang bersih sempurna tidak perlu menggunakan pelbagai produk. Cukup dengan pembersihan, melembap dan pelindung matahari, kamu mampu mendapatkan kulit flawless idaman.
Dr Irma Skincare Lahir Produk Vegan Yang Berkualiti Tinggi
Diasaskan oleh doktor gigi terlatih Dr Irma Shida Abu Samah, Dr Irma Skincare mengutamakan ramuan dan pendekatan yang patuh agama dan peka terhadap alam sekitar yang membolehkan sesiapa sahaja menggunakan produk tanpa rasa bimbang.
- Foto – Dr Irma Skincare
Dr Irma Skincare, jenama penjagaan wajah halal dan vegan telah melancarkan rangkaian premium baru yang disebut ‘Dermoseries – Perfecting Skincare.’
Dermoseries digunakan oleh lelaki da wanita dari semua peringkat umur dan jenis kulit, terutama dengan kulit sensitif dan eczema.
Dermoseries Tawar Dua Langkah Untuk Kulit Lebih Muda Dan Sihat
Rejim penjagaan kulit yang sempurna tidak perlu mempunyai 10 langkah yang berbeza, sebaliknya serba ringkas seperti yang dibuktikan oleh ‘Dermoseries – Perfecting Skincare.’
- Foto – Dr Irma Skincare
Rangkaian ini hadir dalam satu set – Dermo Klin dan Dermo Screen. Dermo Klin adalah pelembap pembersih 2-dalam-1 yang membantu mengurangkan jerawat tanpa menanggalkan penghalang kulit semula jadi dengan menghilangkan solek, kotoran dan sel kulit mati dengan berkesan dari dalam liang pori.
Dermo Screen adalah pelembap pelindung matahari 2-in-1 yang membantu memperbaiki, mengekalkan dan memelihara penghalang kulit, mengecilkan liang pori dan melindungi kulit dari sinaran berbahaya untuk mencapai kulit yang lebih sihat, licin dan lebih muda.
Minyak Kelapa Dara Dan Soya Bahan Utama Produk
Dr Irma Skincare memasukkan bahan-bahan yang menghidratkan, menguatkan dan melicinkan dalam Dermoseries seperti minyak kelapa dara dan ekstrak soya.
Minyak kelapa dara meningkatkan lapisan pelindung kulit sambil mengekalkan kelembapan semulajadi agar kulit tetap lembap dan terhidrat.
- Foto – Dr Irma Skincare
Ekstrak soya memberikan kulit lembut dan segar dengan mengawal tanda-tanda penuaan dan mengurangkan kerosakan akibat sinar matahari. Sebagai bonus istimewa, kedua-dua bahan semula jadi ini berinteraksi untuk meningkatkan penghasilan kolagen sehingga kulit kelihatan lebih kencang dan muda.
Dermoseries menjauhi bahan berbahaya terutama sulfat, paraben, dan wangian untuk memberikan pengalaman penjagaan kulit yang paling selesa dan bebas risiko.
Pelbagai produk penjagaan diri Dr Irma boleh didapati di https://.