Kebaikan cuka epal tidak perlu dipertikaikan lagi. Ia terhasil sejak zaman purba lagi dan digunakan dalam masakan serta perubatan.
Pengambilan cuka epal amat mudah. Hanya campurkan dua sudu cuka ke dalam air minuman. Bagi mengurangkan rasa masam, anda boleh campur dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan minum cuka epal dua kali sehari.
Jadikan amalan, nescaya kesihatan kamu terjamin dan berada dalam keadaan yang baik.
Detox
Minuman ini boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalan peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolestrol. Kesannya, peredaran darah akan menjadi bersih dan sihat serta mengembalikan metabolisme tubuh menjadi normal.
Kuruskan Badan
Kandungan pectin iaitu sejenis serat dalam cuka epal membantu menurunkan kadar kolestrol serta mengimbang tekanan darah dalam badan.
Selesema & Sakit Tekak
Meredakan selsema, sakit tekak dan jangkitan kuman. Sangan berkesan untuk asma atau sinus (resdung). Juga menolong menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.
Badan & Bau Yang Kurang Menyenangkan
Menolong meneutralkan pH badan/ mulut dan membunuh kuman dan bakteria penyebab terhasilnya bau busuk, malah sesuai juga untuk masalah kaki berbau.
Keracunan Makanan
Jika terkena keracunan makanan, minum 1 sudu setiap 5 minit selepas serangan keracunan. Juga boleh merawat cirit-birit kerana bahan ini mengandungi kadar pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa (anti-diarrhea).
Banyakkan khasiat cuka epal, mula amalkan sekarang!