Nak mencari produk pencuci muka memang payah, lagi pula kalau kulit jenis yang sensitif dan senang naik jerawat. Takut silap hari bulan makin menjadi-jadi, bukannya purging tapi memang alahan pada bahan kandungan.
Seorang netizen baik hati berkongsi beberapa pencuci muka yang bagus untuk merawat masalah jenis kulit. Melihat pada respon pengguna, jenama pencuci muka ini berjaya memberikan kulit wajah bersih bebas cela.
Eversoft Ginkgo & Yuzu Acne & Oil Control Cleansing Foam
Sesuai untuk kulit berminyak yang cenderung berjerawat dan berfungsi sebagai pelembap bagi kulit kering.
- Foto – Shopee
Mampu membersihkan liang pori yang tersumbat akibat penghasilan minyak yang berlebihan juga kotoran yang melekat di wajah sepanjang hari. Ia juga berkesan untuk menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan pertumbuhan jerawat.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser
Merupakan produk pilihan dermatologi kerana formula yang ringan dan tidak merengsakan kulit, walaupun yang jenis sensitif cenderung berjerawat.
- Foto – Shopee
Dengan formulasi pH yang seimbang, pH semulajadi kulit dapat dikekalkan. Pencuci tanpa buih ini juga membersih sambil melembapkan kulit tanpa menghilangkan minyak semulajadi kulit wajah. Kulit akan kekal bersih dan lembap sepanjang hari.
Himalaya Purifying Neem Face Wash
Pencuci muka yang bersifat antibakteria yang dapat melindungi kulit daripada jerawat. Pencuci muka ini juga dapat membersihkan kotoran daripada kulit wajah dan membersihkan liang pori yang tersumbat.
- Foto – Himalaya
Bahan utamanya neem bersifat anti-keradangan dan anti-bakteria yang dapat menghalang serta merenjatkan pertumbuhan jerawat.
Cosmoderm Tea Tree Oil Oil Control Facial Cleanser
Kandngan minyak tea tree dan vitamin E menyediakan pelbagai manfaat untuk membantu membersih wajah dengan pantas dari kekotoran serta pori yang tersumbat.
- Foto – Cosmoderm
Ia juga mampu mengawal penghasilan minyak serta pertumbuhan dan menghapuskan jerawat degil.
Eucerin ProACNE Solution Cleansing Gel
Produk ini dirumus khas untuk mereka yang menghadapi masalah jerawat. Kandungan bahan antibakteria dalam gel pencuci muka ini dapat menghalang pembiakan bakteria pada kulit lalu menghalang pertumbuhan jerawat.
- Foto – Eucerin
Ada banyak lagi pilihan pencuci muka lain, tapi lima yang atas banyak mendapat respon positif pengguna.
Selamat beramal!