Reverse plank atau plank secara terbalik ini mungkin belum begitu popular tetapi ia mempunyai manfaat kesihatan.
Reverse plank adalah senaman berat badan yang mensasarkan kumpulan otot ke seluruh badan anda. Lakukan reverse plank dengan barbaring di punggung dengan tangan di belakang pinggul. Angkat badan anda dari lantai sehingga badan atas dan bawah anda membentuk garis lurus.
Lakukan senaman ini dan tahan antara 15 ke 60 saat.
- Foto – Brightside
Lakukan Reverse Plank, Ini Kesannya Pada Badan
- Punggung dan betis lebih fit
Berbanding dengan plank biasa, reverse plank memberi kelebihan pada bahagian punggung dan betis anda.
- Meningkatkan metabolisme
Kalori akan membakar lebih cepat daripada latihan dinamik. Malah, kebanyakan orang yang mengamalkan reverse plank tidak mempunyai masalah mentabolisme.
- Tulang belakang yang sempurna
Reverse plank menjamin peningkatan postur semasa anda menggunakan otot yang membantu menjaga punggung anda lurus. Ini sangat penting bagi pekerja pejabat.
- Melegakan kesakitan dan kekejangan di bahagian belakang
Dengan melakukan reverse plank sekurang-kurangnya 3 ke 4 kali seminggu, anda akan menghilangkan sakit belakang dan kekejangan. Sama ada plank biasa atau reverse, kedua-dua berfungsi dengan baik untuk otot.
- Abs lebih flat
Reverse plank menguatkan lengan, abs, dan kaki anda dan juga meregangkan otot bahu anda.
Planking adalah pilihan terbaik untuk merangsang seluruh badan, jika anda melakukannya setiap hari, anda membakar lebih banyak kalori daripada latihan biasa.