“Susahlah bila pendek ni, semua serba tak kena di mata!”
Siapa pernah rasa seperti di atas? Tambah-tambah lagi bila cuba seluar jeans, memang turn off betul. Walaupun ada banyak jenis seluar jeans dijual di luar sana, tapi tak semua sesuai dengan ketinggian kamu yang comel itu.
Kali ini Wanista nak kongsikan 5 jenis jeans yang ideal dan wajib dibeli oleh wanita ‘pendek’. Paling best sekali, kaki boleh nampak lebih panjang macam model!
#1 Skinny Jeans Atau Straight-Leg Jeans
Kalau nak kaki nampak lebih panjang, kamu wajib ada sekurang-kurangnya sehelai skinny jeans atau straight-leg jeans dalam almari. Kedua-dua akan beri efek pada kaki untuk panjang dan nampak tinggi. Manakala punggung kamu akan kelihatan lebih kecil dan tidak kendur.
Tips penting yang Wanista nak kamu amalkan dan ambil tahu ialah kamu kena pastikan kedua-dua jeans ini;
- pilih jeans berwarna gelap
- ukuran panjang sehingga ke pergelangan kaki atau buku lali
- material yang fleksibel
#2 Flare Jeans
Sekiranya kamu miliki bentuk badan jenis pear atau straight tetapi seorang yang rendah, kamu boleh juga mencuba flare jeans. Penting untuk kamu tahu, jangan sesekali pilih bukaan kaki yang lebar, tetapi pilih bukaan kaki yang lebih kecil daripada punggung kamu.
Kalau nak nampakkan ilusi kaki panjang ketika memakai seluar jenis ini, cuba pilih panjang jeans yang menutup kaki atau kasut. Tapi kamu kena ingat, jangan sampai menyapu lantai pula.
#3 Bootcut Jeans
Paling disyorkan adalah bootcut jeans. Bukan apa, bahagian bawah jeans ini dapat menyeimbangkan bahagian atas badan dan bawah. Selain itu, kamu juga perlu pilih warna jeans yang gelap bagi ‘menutup’ bahagian bawah badan anda.
Bagi panjang seluar pula, jangan terlalu panjang sangat kerana badan akan nampak pelik dan terbantut. Jika panjangnya pendek, elakkan kerana ia akan menampakkan kaki kamu lebih lebar dari kebiasaannya. Jadi pilih ukuran yang ngam-ngam okay!
(P/S: Bootcut jeans paling sesuai dan cantik untuk mereka yang miliki bentuk badan jenis epal dan hourglass.)
#4 Boyfriend Jeans
Walaupun nampak selesa tetapi untuk wanita pendek, boyfriend jeans ini memang sukar untuk dipakai dan digayakan. Tetapi ada caranya!
Wanista nak kongsikan tiga trik khas untuk wanita pendek yang mahu memakai boyfriend jeans:
- Pilih boyfriend jeans yang betul muat dan sedikit kecil yang sesuai dengan tubuh badan kamu untuk kelihatan lebih langsing.
- Jangan melipat bahagian kaki terlalu lebar. Kalau nak lipat, pastikan lipatannya sedikit sahaja dan nipis.
- Elakkan pilih boyfriend jeans yang longgar atau terlalu besar kerana ia akan berikan ilusi badan lebih pendek daripada sebenarnya.
#5 High Waisted Jeans
Jika kamu miliki ketinggian yang rendah tetapi bentuk badan hourglass, seluar jeans jenis ini memang sesuai dan patut jadi pilihan kamu! Nak nampak lebih stylish, cuba gayakan dengan pakaian monokrom.
Selain itu tip yang perlu kamu tahu dan amalkan adalah jangan terlalu ‘menekan’ bahagian pinggan seperti memakai tali pinggang terlalu ketat. Ini kerana badan tidak akan nampak curvy, malah lurus dan kurang cantik.
Sebenarnya mudah sahaja kan untuk wanita pendek mencari seluar jeans. Kalau kamu miliki jeans selain daripada di atas, segera berhenti memakainya. Cuba ikuti trik serta tips yang Wanista kongsikan di atas okay?