Cinta itu buta, betullah perumpaan tersebut. Bila dah nekad, kita sanggup lakukan apa saja. Seperti kaum kerabat diraja Jepun ini.
Anak saudara kepada Maharaja Jepun kekal dengan keputusan untuk mengahwini teman lelakinya dan melepaskan status diraja. Puteri Mako bakal mengahwini Kei Komuro akhir tahun ini dan perkahwinan itu akan berlangsung tanpa upacara ritual yang berkaitan.
- Foto – South China Morning Post
Ini menjadikan Mako, puteri sulung Putera Mahkota Fumihito sebagai wanita pertama tidak melangsungkan perkahwinan mengikut tradisi selepas Perang Dunia II.
Akan Mulakan Kehidupan Baru Di USA
Puteri Mako dan teman lelakinya Kei Komuro pertama kali bertemu di universitet di Tokyo pada tahun 2012, mereka akan berkahwin menjelang akhir tahun dan memulakan kahidupan baru di Amerika Syarikat.
- Foto – Koji Watanabe
Puteri Mako juga menolak pembayaran lump-sum sehingga 150 juta yen (US$1.36 juta) yang biasanya diberikan kepada anggota keluarga diraja wanita setelah mereka keluar dari rumah.
Perkahwinan Puteri Mako dan Kei Komuro, kedua-duanya berusa 29 tahun, ditangguhkan selama lebih dari dua tahun kerana perselisihan lebih dari 4 juta yen bahawa bekas tunangan itu mendakwa ibu berhutang kepadanya. Jumlah itu merangkumi wang yang dibelanjakan untuk perbelanjaan pendidikan Komuro.
- Foto – Nippon
Komuro kini tinggal di Amerika Syarikat, setelah lulus dari sekolah undang-undang Universiti Fordham di New York State dengan ijazah Juris Doctor pada bulan Mei dan mengambil peperiksaan bar negara pada bulan Julai. Hasil peperiksaan akan diumumkan pada pertengahan Disember dan dia dijangka akan mendapatkan pekerjaan di firma undang-undang tempatan.
Di Jepun, wanita daripada keluarga diraja dilucutkan status kerabat jika mengahwini rakyat biasa.