Amalan makan sekali sehari atau ‘one meal a day (OMAD)’, dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan dengan memaksa badan anda membakar lemak. Amalan ini seperti diet puasa (intermittent fasting), di mana anda makan dalam tempoh masa tertentu.
Sama ada berkesan atau tidak, atau sihat amalan makan sekali sehari sebenarnya bergantung kepada individu juga. Sehingga kini, tidak ada jaminan bahawa makan hanya sekali sehari berkesan untuk diet. Setiap orang yang mencuba diet ini telah melaporkan hasil yang berbeza.
Namun bagi individu yang mengamalkan diet ini, ia merupakan alternatif terbaik untuk mengekalkan berat badan ideal dengan mendisiplinkan diri, pada masa yang sama menikmati makanan tanpa had pada satu hidangan yang ditetapkan.
- Foto – Healthcare
Makan sekali sehari dapat membantu beberapa orang mencapai tujuan penurunan berat badan mereka, ini pros yang kena anda tahu.
Dapat membantu anda membakar lemak
Makan sekali sehari sama konsepnya dengan diet puasa, memang akan mengalami penurunan berat badan jika anda melakukan dengan betul dan disiplin.
Ia mampu mencetuskan ketosis, pembakaran lemak badan untuk digunakan sebagai tenaga justeru memudahkan usaha untuk menurunkan berat badan, ini hanya berlaku jika anda mengawal kalori.
Peningkatan fokus dan produktiviti
Jika anda sedar, kadang kala selepas makan tengahri hari, anda akan berasa lembap, tetapi sebaliknya berlaku jika anda tidak makan. Tanpa makan tengah hari, anda tidak akan merasakan kesan daripada sistem penghadaman anda sedang mencerna makanan.
Makan pada waktu pagi dan berpuasa semalaman dapat membantu menurunkan berat badan
Orang yang berpuasa semalaman dan makan makanan yang lebih banyak pada waktu pagi cenderung menurunkan berat badan lebih banyak daripada orang yang makan lebih banyak pada waktu makan malam.
Kesimpulan, apa jua amalan diet yang kamu amalkan kena jaga kalori dan tak lupa bersenam supaya kekal bertenaga. Seimbangkan tips ini, Insyaallah kamu dapat berat badan idaman.
Selamat beramal!