Kamu pernah guna atau ada jade roller? Kalau tak ada jangan risau okay sebab Wanista nak kongsi satu trik yang dapat gantikan alat tersebut. Paling mengejutkan ianya lebih berkesan!
Lebih praktikal dan paling senang digunakan, kamu hanya perlukan bahan di dapur sahaja iaitu timun yang dibekukan dalam peti ais. Sumpah hasilnya memang menakjubkan dan kamu sendiri tidak akan percaya selepas menggunakannya.
Ada Rahsia Di Sebalik Timun Beku!
Menerusi hashtag #frozencucumber, ramai pengguna TikTok telah berkongsi pelbagai jenis kebaikan tentang trik ini selepas dia menggunakan timun beku dalam rutin penjagaan kulitnya.
Menarik perhatian Wanista selepas melihat dua video TikTok ini adalah apabila @audrajeang menyatakan timun beku dapat menghidratkan kulitnya dan memberi kelegaan pada jerawat!
@audrajeang #eyeslipsface #frozencucumberhack #skincare #skin #skinhacksathome #undereyebags #acne #acnetreatment
Manakala @skinbydrazi iaitu ahli dermatologi menyokong perkongsian yang dibuat oleh beberapa pengguna di TikTok. Dedahnya untuk lakukan trik ini, kamu perlu memotong bahagian hujung timun dan bekukannya dalam peti sejuk.
@skinbydrazi #duet with @alexaraeloebel Love the Frozen Cucumber Hack! #beautyhacks #cucumber #skincaretips #darkcircles #acneskin #acne #skincare #beautytips
Kongsi Dr. Azi, antara manfaat yang boleh kamu perolehi daripada trik timun beku ini adalah:
- Mengurangkan dark circle dan bengkak di sekitar mata.
- Mendapat bahan antioksidan seperti Vitamin C
- Melancarkan penghasilan kolagen
- Mencerahkan kulit secara semula jadi
- Membantu mengurangkan dan menghilangkan jerawat
Kajian Dedah Guna Timun Di Wajah Sebenarnya…
Menurut kajian tentang ekstrak timun dalam peremajaan kulit, penggunaan timun dapat membantu mengurangkan jerawat. Biokimia dalam timun pula dapat membendung penghasilan enzim berlebihan seperti melanin atau pigmentasi. Hasilnya bintik-bintik gelap di wajah dapat dikurangkan dan dielakkan.
Penggunaan timun sering digunakan pada bahagian bawah mata kerana memiliki sifat sejuk dan tahap ascorbic yang tinggi (Vitamin C). Manfaatnya adalah untuk mencerahkan kulit selain meningkatkan kolagen dan lindungi kulit daripada radikal bebas.
Selain itu Dr. Beth Goldstein iaitu ahli dermatologi dan co-founder di GetMr pula menyatakan timun mengandungi Vitamin K yang tinggi, berfungsi dalam mengurangkan dark circle. Manakala jika menggunakan timun beku, Dr. Beth mendedahkan ia dapat menenangkan mata dan kulit daripada bengkak dan meradang.
Jadi hujung minggu ini bolehlah kamu mencuba trik timun beku. Jangan lupa kongsikan dengan Wanista apakah hasilnya okay!