Kamu pernah dengar tentang blind pimple ataupun jerawat buta?
Kebiasaannya jerawat buta ini tidak dapat dilihat dalam sekali pandang sahaja. Kalau nak tahu sama ada kamu mempunyai jerawat buta ini atau tidak, cuba lalukan jari di wajah. Jika ada rasa seperti bumps, bermakna wajah kamu ada jerawat buta.
Tapi… Kamu jangan gelabah pula kerana jerawat buta ini boleh dirawat dan dihilangkan. Nak tahu lebih lanjut, jom baca kupasan di bawah.
Perkara Wajib Yang Patut Kamu Tahu Tentang Blind Pimple!
Blind pimple atau jerawat buta ini tidak sama macam jenis jerawat yang lain. Walaupun ia terbentuk di bawah permukaan wajah dan tidak menonjol, jerawat buta ini sebenarnya lebih menyakitkan!
Kalau kamu nak tahu, jerawat buta ini terjadi disebabkan oleh cyst dan nodule. Jadi nak picit atau cucuk, memang tak akan pecah tapi akan meninggalkan rasa yang lebih sakit pada wajah. Sebab itulah, bila kamu lalukan jari atau menekannya, ia akan terasa lebih perit.
Apa Penyebab Blind Pimple Terjadi?
Selain daripada cyst dan nodule, jerawat biasa juga boleh menjadi penyebab kepada pembentukan jerawat buta. Kulit kita sememangnya menghasilkan bahan berminyak seperti sebum secara semula jadi.
Melalui sebum berlebihan atau bersentuhan dengan bakteria atau kotoran dalam liang pori juga boleh menjadi penyebab kepada jerawat buta terbentuk. Jadi sebab itulah sesiapa sahaja yang memiliki kulit yang berminyak atau miliki pori besar perlu dibersihkan dengan betul untuk elakkan daripada terbentuknya jerawat ini.
Selain itu faktor makanan berminyak juga menjadi penyebab kepada pembentukan jerawat buta. Jangan risau pula ye, kamu boleh makan makanan bergoreng, tetapi lakukan rutin penjagaan kulit dengan teratur untuk seimbangkan tahap penghasilkan minyak dan pembersihan liang pori.
Berapa Lama Blind Pimple Boleh Ada Di Wajah?
Nak tahu berapa lama jerawat buta boleh berada di wajah, ianya bergantung pada jenis kulit dan cara kamu merawatnya. Ada yang berhari-hari, dan ada juga yang berbulan-bulan.
Memang tak dinafikan, jerawat buta ini sukar untuk ‘dikeluarkan’ dan ‘dihilangkan’ memandangkan ianya berada di bawah permukaan wajah kita.
Cara Efektif Untuk Hilangkan Blind Pimple
Wanista akan kongsikan cara untuk hilangkan blind pimple dengan efektif dan berkesan. Jadi kamu tak perlu gusar dan terlampau risau jika ada jerawat buta.
- #Cara 1: Pencegahan
Cegah jerawat buta dengan menggunakan exfoliating cleanser dalam rutin penjagaan wajah. Fungsinya adalah untuk mencegah penumpukan kotoran dan minyak berlebihan yang terperangkap dalam liang roma.
- #Cara 2: Elak Daripada Picit
Jika rutin penjagaan wajah dan exfoliating cleanser membuatkan wajah lebih teruk dan dinaiki jerawat buta, kamu wajib elakkan daripada memicitnya.
Cuba elakkan daripada menyakitkan jerawat buta dan memerahkannya. Ini kerana jerawat tersebut boleh meradang dan menjadi lebih teruk. Malah ia juga boleh meninggalkan parut.
- #Cara 3: Lakukan Rawatan Yang Sesuai
Untuk menghilangkan jerawat buta, kamu boleh gunakan warm compress di atasnya untuk membuka liang roma dan membawa jerawat buta naik ke permukaan wajah.
Selain itu kamu juga boleh gunakan antibiotik topikal untuk mengurangkan keradangan pada wajah. Sekiranya menjadi lebih teruk atau tidak berkesan, dapatkan rawatan profesional.
Jadi itulah perkara yang patut kamu tahu tentang blind pimple. Sekarang cuba lalukan jari di wajah, adakah kamu mempunyai jerawat buta atau tidak?