Kadang kala teringin juga nak berfesyen atau tampil dengan gaya ala-ala lady boss. Tapi bila fikirkan kembali, hanya full set suit yang bosan dan kurang trendy saja yang bermain di fikiran.
Jangan risau okay kalau kamu tetap mahu bergaya ala-ala lady boss tapi mahu tampil trendy dan vogue. Wanista nak kongsikan lima looks daripada Kareena Kapoor yang memang bergaya dalam pakaian seperti lady boss.
#Gaya 1: Tuck in kemeja bercorak ke dalam seluar hitam. Lengkapkan penampilan dengan sepasang cermin mata hitam dan beg tangan. Neck warmer boleh digantikan dengan scarf.
#Gaya 2: Full set suit berwarna ungu gelap dipadankan dengan bralette hitam. Gunakan solekan mata yang bold dan aksesori ringkas.
#Gaya 3: Jaket suit yang menampakkan garis leher serta belahan di kaki membuatkan gaya lady boss ini menjadi lebih trendy dan cantik! Tambahkan pumps berwarna hitam untuk serlahkan sisi feminin dan tegas.
#Gaya 4: Tampil dengan satu lengan blazer, head-to-toe berwarna hitam dan mengikat tocang membuatkan penampilan lady boss ini dapat menarik perhatian orang ramai.
#Gaya 5: Perincian blazer-korset pada suit berwarna hitam ini menampilkan sisi seksi dan bold. Lengkapkan penampilan dengan kasut tumit tinggi hitam dan aksesori minimalis.
Walaupun nampak simple tetapi dengan sedikit gubahan dan cara pakainya dapat membuatkan gaya lady boss kamu nampak lain daripada yang lain. Jadi cuba kamu ikut beberapa gaya Kareena Kapoor di atas, confirm ramai yang tak berhenti puji dan lihat kamu.