Kajian menunjukkan bahawa setiap 10 minit berjalan dapat meningkatkan mood kebahagiaan.
Berjalan menawarkan faedah fizikal sambil meningkatkan kesejahteraan emosi. Sebenarnya, berjalan dengan kerap dapat membantu meringankan gejala yang berkaitan dengan keadaan kesihatan mental kronik seperti kegelisahan dan kemurungan.
Semakin kamu melakukannya, semakin banyak kesan positif yang akan kamu alami!
Bantu Meningkatkan Mood
Berjalan membantu meningkatkan mood kamu kerana peningkatan aliran darah dan peredaran darah ke otak dan badan. Ia mempunyai pengaruh positif pada hypothalamic-pituitary-adrenal (HPA), yang merupakan tindak balas sistem saraf kamu.
- Foto – Goodhousekeeping
Semasa kamu berjalan kaki, kamu dapat menenangkan saraf kamu, yang dapat membuat kamu merasa kurang tertekan.
Berjalan Dengan Teman
Kamu boleh memanfaatkan kesan positif berjalan dengan mengajak teman untuk menyertainya sekali. Berjalan dengan orang lain selama satu atau dua hari seminggu boleh memberi banyak faedah.
Latihan fizikal yang digabungkan dengan interaksi sosial yang positif dapat meningkatkan mood positif, menghilangkan kemurungan, dan meningkatkan harga diri. Cuba berjalan 3 hari seminggu selama 10-30 minit pada satu masa.
- Foto – Heart Foundation
Salah satu cara terbaik untuk memulakan rutin berjalan kaki adalah dengan memulakan dalam skala yang kecil, dan secara beransur-ansur tingkatkan skala. Sebelum berjalan-jalan, lakukan regangan untuk memanaskan badan.
Enjoy walking!