“Saya sukakan sunscreen ini. Ia tidak mempunyai white cast, sangat selesa bila dipakai bersama skincare dan mekap walaupun kulit saya jenis yang sensitif, memang tak ada isu langsung.”
Nak cari sunscreen yang betul-betul sesuai dengan kulit wajah memang memeningkan kepala. Tak mahu yang ada finishing white cast dan berminyak kerana ini boleh membuatkan mekap jadi bercapuk dan kelabu.
Tapi sejak menggunakan produk Dr Dennis Gross All Physical Lightweight Wrinkle Defense Broad Spectrum Sunscreen SPF 30, Wanista dah jumpa sunscreen sesuai dan tak akan cari yang lain.
- Foto – Arkib Wanista
Sunscreen ini bebas minyak dan menyatu dengan semua warna kulit, mengandungi zink oksida dan antioksidan lutsinar untuk perlindungan SPF berprestasi tinggi yang selamat yang dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.
Kandungan Bahan Dr Dennis Gross All Physical Lightweight Wrinkle Defense
- Foto – Arkib Wanista
- Non-Nano Zinc Oxide: Penapis mineral yang melindungi daripada sinar UVA dan UVB sambil mengurangkan kesan cahaya biru (HEV).
- Lingonberry: Sumber vitamin C dan E yang mencegah dan mengatasi kerosakan UV yang disebabkan oleh cahaya matahari dan biru dari peranti.
- Sea Buckthorn: Melindungi dari kerosakan radikal bebas akibat pendedahan UV dan mensasarkan tanda-tanda penuaan yang dapat dilihat.
Respon Pengguna Di Sephora
- Foto – Sephora
- Foto – Sephora
Anda boleh rasai sendiri pengalaman menggunakan krim pelindung matahari ini, memang puas hati. Muka dilindungi dan mekap pun flawless je!
- Foto – Arkib Wanista
Sunscreen sudah tersedia di Sephora, anda boleh beli di sini.