Cuba tanya mana-mana wanita, siapa sahaja yang tak mahu kulit yang sihat, bersih dan cantik sepanjang masa?
Kali ini Wanista nak kongsikan dengan kamu mengenai apa yang dilakukan oleh biarawati di Georgia, USA sehinggakan dia diberi gelaran “Queen Of Clear Skin“?
Claudette Monica Powell, 55 tahun, atau dikenali sebagai Sister Monica mendedahkan dia hanya menggunakan beberapa langkah ini sejak remaja lagi untuk menjaga menjaga dan mendapatkan kulit yang sihat dan bersih. Jom baca perkongsiannya di bawah.
Biarawati Dedah Hanya Buat Macam Ini…
Menerusi Tiktok @nunsenseforthepeople, Sister Monica mendedahan dia hanya lakukan empat perkara ini sejak remaja lagi. Antaranya adalah;
@nunsenseforthepeople I thought people would be asking questions about transubstantiation and Gregorian chant, but the ladies want the nunly skincare tips. #nunsoftiktok
- elak daripada terdedah atau berdiri di bawah matahari secara terus kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala.
- menggunakan barangan bayi seperti pencuci badan oatmeal Aveeno sebagai pencuci muka.
- mengambil gambar atau berada di bawah cahaya yang rendah bagi melindungi kulit.
- sentiasa gunakan payung jika mahu berada di luar rumah atau di bawah matahari.
Kenapa Pilih Cara Lain Daripada Yang Lain?
Menurut Sister Monica, rutin berkenaan telah membuahkan hasil. Dedahnya, wajahnya kini hanya memiliki jumlah kedutan yang sedikit dan tidak ketara berbanding wanita seusia dengannya.
Malah produk kecantikan di pasaran mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan kulit menjadi alergik. Malah boleh merosakkan wajah dan juga kulit. Sebab itulah Sister Monica gemar menggunakan barangan bayi kerana ia tidak merengsakan serta memberi hasil kulit yang diidamkan.
Ramai Yang Mahu Lakukan Perkara Yang Sama
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok terutamanya wanita mula mahu melakukan perkara yang sama. Ada juga yang mengatakan perhubungan dan lelaki menyebabkan kulit wanita berubah.
Malah dengan memiliki kulit yang cantik dan bersih, umur Sister Monica diteka lebih muda daripada umur sebenar.
Elak daripada terkena matahari punca utama untuk kulit tampil sihat.
Selepas ini, jangan lupa untuk amalkan 4 langkah ini pula okay? Confirm 3 tahun mendatang orang akan puji wajah kamu yang kelihatan muda itu. Selamat beramal!