Tidur di peti sejuk ketika panas bukan penyelesaiannya okay!
Memang automatik hilang mood bila mata sudah mengantuk tiba-tiba bilik rasa panas pula. Mulalah nak berpusing dari kiri ke kanan, menendang dan buang selimut serta bangun mencari air. Secara tidak langsung situasi ini telah menganggu kitaran tidur kamu.
Jadi jangan hairan kenapa keesokan harinya kamu menjadi moody dan badan menjadi tidak segar. Entri kali ini Wanista nak kongsi dengan kamu mengenai 7 hacks yang boleh kamu lakukan setiap kali malam terasa panas.
-
Pilih Jenis Cadar Yang Sejuk
Walaupun cadar sutera menjadi trendy dan lihat lebih sejuk ketika cuaca panas, tetapi sebenarnya cadar jenis kapas lebih baik.
Cadar kapas lebih berfungsi dan mempunyai kualiti dalam menyejukkan kulit pada waktu malam. Pada masa yang sama, cadar kapas dapat menyerap peluh badan yang berlebihan.
Kalau nak guna cadar kapas, kamu kena elakkan daripada menggunakan cadar berwarna gelap kerana ia menyerap haba panas dengan cepat. Jadi pilih cadar berwarna cerah seperti putih atau krim.
-
‘Bebaskan’ Kaki Dan Tangan
Sekiranya kamu tidak boleh tidur tanpa selimutkan badan walaupun dalam cuaca panas, apa kata kamu cuba keluarkan tangan dan kaki daripada selimut.
Kaki dan tangan merupakan ‘alat’ penyejuk semula jadi ketika cuaca panas terutamanya ketika waktu tidur. Kalau tak boleh tidur, jangan pula kamu pakai stokin macam kebiasaannya tapi biarkan kaki kamu bebas.
-
Pilih Untuk Tidur Mengiring
Posisi tidur pun sebenarnya memainkan peranan penting. Kalau tidur secara lurus atau meniarap, cuba pula kamu mengiringkan badan.
Bukan apa, posisi mengiringkan badan ini sebenarnya mendedahkan sebahagian besar badan ke udara. Pada masa yang sama, ia dapat mengeluarkan haba dalam badan dan mengatur suhu badan ke tahap yang lebih selesa.
-
Rendam Kaki Dalam Air Sejuk
Kalau rasa tak selesa dan panas sebelum tidur, cuba kamu rendamkan kaki dalam air sejuk. Bukan sahaja membantu menyejukkan badan, malah ia dapat menyejukkan titik nadi di kaki dan pergelangan kaki serta merta.
-
Wajib Ada Air Minuman Dalam Bilik
Sentiasa hidratkan badan sebelum tidur, bangun di tengah malam dan juga ketika bangun tidur. Jadi sediakan sebotol air kosong di dalam bilik atau di tepi katil bagi memudahkan kamu.
‘Mengisi’ badan dengan air merupakan tabiat yang paling mudah dan baik untuk dilakukan sepanjang hari. Ingat, elakkan diri daripada terhidrasi ketika waktu panas.
-
Elak ‘Sesakkan’ Ruangan Dalam Bilik
Memang seronok untuk muatkan semua barangan dalam bilik tidur. Bukan apa, mudah untuk dicapai dan dicari. Tapi sebenarnya kalau kamu nak tahu, bilik tidur yang bersesak dengan barangan juga memainkan peranan kenapa malam kamu menjadi panas dan berpeluh.
Jadi buang atau pindahkan barangan yang tidak penting dalam bilik. Biarkan bilik kamu menjadi luas supaya sistem pengudaraan menjadi lebih baik dan tidak tersekat.
-
Pakai Baju Tidur Yang Longgar Dan Ringan
Berdasarkan logik, baju tidur yang ringan dan longgar sepeti kapas dapat membantu kamu tidur dengan selesa walaupun cuaca panas di waktu malam. Ini kerana baju tidur kapas dapat menyerap peluh dan membiarkan kulit kamu bernafas.
Jika menjadi rimas dengan pakaian baju tidur, kamu juga boleh tidur bogel. Lebih sejuk dan selesa.
Berdasarkan 7 hacks di atas, memang tiada alasanlah untuk tidur dalam keadaan panas di waktu malam. Say good bye to malam berpeluh dan tak selesa!