Siapa kata TikTok adalah tempat untuk menari sahaja? Kalau kamu nak tahu, di TikTok bermacam-macam perkara boleh kamu dapat. Daripada tips sehinggalah hacks berkaitan dengan kehidupan seharian kamu.
Entri kali ini Wanista nak kongsikan pula hacks mengenai fesyen yang paling viral dan trending. Kamu sudah bersedia? Jom scroll dan lihat di bawah!
#1 4 Styling yang berbeza hanya guna 1 shirt sahaja
Tengok shirt saja pun memang boring. Bukan apa, tak tahu nak gayakan macam mana lagi. Tapi jangan risau, kalau nak tampil lain dan bergaya, apa kata kamu tiru langkah di bawah. Hanya gunakan satu shirt sahaja kamu boleh mendapat 4 gaya yang berbeza.
@leoniehanne How to wear your shirt 4 ways – Which one is your fav? #fashionhack #styletips #stylingideas
#2 Magik! Guna 1 scarf boleh dapat 6 tops berbeza
Jika kamu tiada pakaian baru dan mahu mencuba sesuatu yang lain daripada yang lain, cuba ikut hack berikut. Hanya gunakan satu scarf sahaja dengan beberapa aksesori seperti rantai leher, kamu boleh dapat 6 jenis tops yang berbeza!
@classycleanchic how many times did i say tie 😂✨⛅️💕🌸 #scarftop #scarftutorial #scarfchallenge #scarftrick #scarfstyles
#3 Masalah seluar terlalu longgar atau kecil?
Siapa sering hadapi masalah begini? Seluar terlalu besar atau kecil disebabkan beli secara online atau berat badan turun dan naik? Kalau kamu masih sayangkan seluar dan mahu memakainya, cuba ikut trik ini.
Untuk seluar yang longgar:
@hannahwarling would you wear this style for summer?? ☺️🍉 #outfithacks #clothinghacks #styletipsforwomen #hacks #diyhacks #summerstyle
Untuk seluar yang kecil atau ketat:
@kristinakacheeva My most asked question: what if the pants are too small? #hack #stylehacks #fashionhacks #styletips #clothinghacks #diy #diyhacks #diyfashion #hacks
#4 Rimas pakai off-shoulder tapi asyik naik ke atas? Cuba macam ini…
Memang turn off sangat bila nak bergaya pakai off-shoulder tapi tak boleh angkat tangan ke atas, bukan apa nanti baju ini akan tergulung naik. Kadang kala sampai nampak kaku sangat bila pakai off-shoulder kerana tak boleh bergerak banyak.
Tapi ada caranya untuk elak daripada off-shoulder kamu tergulung ke atas, lihat video di bawah:
@marcelapazminoofficial How to keep your off the shoulder top in place #fashionhack #stylehack #lifehacks
Di antara 4 hacks di atas, Wanista paling suka hack No.2. Jadi kamu wajib cuba kesemua hacks berikut. Memang berbaloi dan jimat duit daripada shopping pakaian baru.
Selamat mencuba!