Agaknya macam mana bau Rihanna sampaikan ada video kompilasi selebriti memuji keharuman pengasas Fenty Beauty ini?
Selebriti sering memuji aroma khas Rihanna, dan satu perkara yang pasti – kebanyakan mereka berpendapat bahawa ia berbau sangat, sangat wangi.
Rihanna Bau Seperti Syurga
Rapper Lil Nas X menyifatkan Rihanna bau ‘seperti syurga’ dan dia bukan orang pertama yang berkata begitu.
https://www.instagram.com/p/CSX25FDpEi-/
Jim Parsons yang merupakan bintang ‘The Big Bang Theory’ pernah bekerja dengan Rihanna dalam filem animasi juga mengatakan bahawa Rihanna bau seperti ‘syurga.’
Bau Paling Wangi Antara Semua Selebriti
Ryan Seacrest tweet bagaimana dia telah menghidu bau ramai selebriti di karpet merah dan dari semua, Rihanna adalah ‘yang paling wangi.’
Ini Bau Rihanna
Sehingga ke hari ini Rihanna belum mengesahkan wangian mana yang dipakainya, tetapi rakan Rihanna memberitahu penyanyi itu memakai ‘Love, Don’t be Shy.’
- Foto – Sephora
Minyak wangi dari jenama By Kilian ini diberi nama ‘Love, Don’t be Shy.’ Dengan nota neroli, orange blossom, dan marshmallow,, wangiannya kelihatan seperti campuran bau manis dan bunga.
Jadi, lepas ini bolehlah beli Love, Don’t be Shy by Killian di sini.