Siapa pernah rasa tahap libido atau rangsangan seksualnya makin menurun setiap hari? Jangan risau okay, masalah ini sebenarnya normal dan boleh berlaku dalam kalangan wanita dan juga lelaki.
Kalau kamu nak tahu, penurunan tahap libido boleh terjadi disebabkan oleh hubungan seksual yang bermasalah, stress, keletihan, masalah kesihatan dan juga kesan ubat-ubatan.
Tapi kalau kamu mahu menaikkan kembali tahap libido secara semula jadi, mari penulis kongsikan 5 cara yang paling berkesan! Lelaki pun boleh cuba juga ye.
Makan Coklat
Dipetik daripada British Journal of Clinical Pharmacology, coklat berupaya untuk membantu badan merembeskan beberapa bahan kimia. Antaranya adalah serotonin, endorfin dan dopamin yang memberikan rasa tenang dan bahagia.
Kalau kamu perasan setiap kali makan coklat, automatik mood kamu akan berubah menjadi gembira dan tenang. Jadi kalau nak menaikkan libido kamu cuba makan coklat sebelum berhubungan seks, okay?
Makan Kerang Atau Tiram
Kecur air liur bayangkan kerang bakar dan tiram segar! Selain menjadi makanan laut kegemaran orang ramai, kerang atau tiram sebenarnya boleh menjadi cara yang efektif untuk naikkan tahap libido kamu.
Menerusi CBS News, kerang dan tiram merupakan makanan yang kaya dengan kandungan zink. Zat ini berupaya untuk meningkatkan pengeluaran testosteron pada lelaki dan wanita sehingga libido meningkat secara automatik.
Tidur Dan Rehat Yang Cukup
Siapa sahaja yang tak suka tidur, betul tak? Kalau kamu nak tahu, kekurangan tidur dan rehat yang tidak cukup boleh menjadi punca utama kepada penurunan libido.
Selain itu tidur yang tidak berkualiti juga boleh mendorong tekanan. Jadi bila badan tertekan, mulalah tahap libido turut menurun dan terganggu. Nak dapatkan tidur dan rehat yang cukup tanpa tekanan, tetapkan jadual tidur kamu setiap hari.
Foreplay Sangat Penting
Sebenarnya ramai yang mengambil mudah dan tidak tahu betapa pentingnya foreplay dalam perhubungan. Foreplay mempunyai keupayaan untuk meningkatkan keghairahan seseorang individu.
Dipetik daripada Journal of Sex & Marital Theraphy, 18% wanita mencapai orgasme dengan penetrasi biasa. Manakala 33.6% wanita lain mendapat orgasme daripada foreplay.
Jadi untuk lelaki, beri perhatian pada foreplay sebelum berhubungan seks. Cara begini lebih berkesan untuk membuatkan wanita mengalami orgasme dan tahap libido meningkat.
Jaga Hubungan Dengan Pasangan
Tak dinafikan ramai yang mengalami penurunan tahap libido ketika mereka bertengkar atau menghadapi masalah dengan pasangan. Jika kamu mempunyai masalah, lebih baik berbincang dan cari penyelesaian segera.
Manakala untuk menaikkan semula libido kamu dan pasangan, kekalkan dan jaga hubungan melalui perbincangan atau meluangkan masa bersama seperti makan malam, menonton filem dan lain-lain lagi.
Jadilah itulah lima cara semula jadi yang berkesan untuk meningkatkan tahap libido dalam kalangan wanita dan juga lelaki. Jika tidak berhasil, dapatkan rawatan dan khidmat nasihat daripada doktor dengan segera okay?