Siapa yang tak nak miliki tubuh badan gorgoeus seperti Kendall Jenner. Berbekalkan fizikal yang tinggi lampai, bertubuh kurus, Kendall bagaikan kanvas putih – di mana apa sahaja dipakai nampak elok sempurna.
Walaupun memang natural kurus, tapi Kendall juga mengamalkan diet dan work out untuk kekal fit. Ini kompilasi cara diet Kendall Jenner pada sesiapa yang berminat.
Kendall makan banyak sayur dan nasi
Kendall menyukai ayam panggang dan nasi. Pilihannya adalah ayam tanpa lemak dan beras perang, sayur-sayuran pula yang mentah seperti salad dimakan bersama dressing tertentu dan hummus.
Minum teh detoks setiap hari
Kendall bukan penggemar kopi tapi teh detoks adalah pilihannya. Kendall mulakan hari dengan secawan teh detoks (jenama Kusmi), kadangkala sampai 12 cawan sehari.
Suka frozen yogurt
“Saya obses dengan frozen yogurt. Saya boleh makannya setiap hari, tetapi saya tetapkan dua kali seminggu saja. Saya biasanya beli frozen yogurt perisa tart dari Go Greek.
Sarapan Kendall adalah avocado dan telur
Trainer Kendall memberitahu sarapan model VS biasanya terdiri daripada avocado dan telur, dan juga semangkuk besar oatmeal. Kemudian mengunyah badam dan minum jus sepanjang hari.
Sukakan pasta
Kendall jarang masak tetapi keistimewaannya resepi pasta yang serba ringkas tapi mengenyangkan. Ia terdiri daripada fettuccine, kacang peas, bawang putih dan parmesan parut – Kendall boleh makan setiap hari.
Sama seperti wanita lain, bila tiba cheat day, Kendall banyak makan pizza dan ayam goreng serta makanan ringan seperti In-N-Out atau McDonalds.