Ada tak peminat kulit ayam goreng di sini? Memang best kalau makan kulit ayam goreng yang baru sahaja diangkat. So crunchy, yummeh!
Sebenarnya tak ramai yang tahu bagaimana mahu kekalkan kerangupan kulit ayam dalam jangka masa yang lama. Nak tahu caranya? Jom lihat perkongsian seorang YouTuber, Azfar Heri. Katanya hanya guna 3 bahan saja, menjadi ke?
3 bahan rahsia untuk kulit ayam goreng, memang rangup habis!
Menerusi video Azfar, YouTuber ini mendedahkan dia hanya menggunakan tiga bahan untuk menyediakan kulit ayam goreng yang rangup. Antara bahan-bahannya adalah kulit ayam, daun kari dan tepung goreng.
Manakala cara penyediaannya pula adalah;
- Bersihkan kulit ayam terlebih dahulu dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
- Masukkan tepung goreng dan juga daun kari.
- Gaul rata dan pastikan setiap lapisan kulit ayam terkena salutan tepung goreng dan daun kari.
- Kemudian ambil kuali dan panaskan minyak.
- Apabila minyak sudah panas, gorengkan kulit ayam yang telah disaluti dengan tepung goreng.
- Setelah kulit ayam goreng sudah masak, angkat dan ketepikan sebentar.
- Tabur dengan sedikit daun kari dan siap untuk dimakan!
Wah, rupanya mudah sahaja dan barang-barangnya pula memang sudah ada di dapur. Jadi kamu jangan lepaskan peluang untuk mencuba resepi berikut. Happy cooking!
Untuk video penuh, lihat di bawah: