Tak dinafikan ramai yang kurang ambil berat tentang jenis sabun badan apa yang mereka guna. Tak kiralah sabun buku, cecair atau gel, yang penting sabun adalah sabun, betul ke?
Kalau kamu nak tahu pemilihan sabun badan sangat penting dan perlu diberi perhatian. Ini kerana sabun badan sama seperti pencuci muka. Jika tersalah pilih, boleh merosakkan lapisan semula jadi kulit badan ye.
Jadi sabun badan mana yang sesuai dengan sebenarnya? Mari penulis kupaskan tentangnya di bawah. Baca dan scroll sampai habis okay!
Antara 3 jenis sabun badan, mana yang lebih baik?
Dipetik daripada Real Simple, menurut pakar dermatologi iaitu Dr. Ilyse Lefkowicz menjelaskan bukan semua jenis sabun mandi sesuai dengan kulit seseorang. Setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza mengikut jenis kulit dan tempat tinggal.
Antara perbezaan di antara sabun buku, cecair dan gel adalah;
Sabun buku
Sabun buku adalah sabun yang cepat berbuih dan senang dibilas sehinggakan ia dianggap lebih bersih daripada beberapa jenis sabun badan yang lain.
Tetapi bahagian yang tak best tentang sabun buku ini adalah ia meninggalkan rasa yang kasar dan boleh menyebabkan kulit merengsa.
Info pada kamu, sabun buku mengandungi pH alkali yang tinggi sehingga dapat merosakkan lapisan semula jadi kulit dan menghilangkan minyak semula jadi.
Sabun Cecair
Manakala sabun cecair pula dikategorikan sebagai sabun badan yang paling menghidratkan dan mampu memberi serta mengekalkan kelembapan pada kulit. Dari segi teksturnya pula, sabun cecair lebih ringan daripada sabun gel.
Sabun Gel
Nampak sama seperti sabun cecair tetapi ada bezanya. Sabun gel lebih pekat berbanding sabun cecair dan mengandungi wangian.
Pada masa yang sama, sabun gel juga berkecenderung membuatkan kulit menjadi dehidrasi. Ini kerana kandungan wangiannya lebih banyak berbanding sabun cecair sehingga boleh membuatkan kulit sensitif menjadi merengsa.
Tips pilih sabun badan ikut jenis kulit
Bila sudah tahu apakah perbezaan ketiga-tiga sabun tersebut, sekarang sabun jenis yang manakah sesuai dengan kamu? Semak di bawah;
Kulit normal
Bagi mereka yang mempunyai kulit badan yang normal, kamu boleh gunakan ketiga-tiga jenis sabun badan di atas. Tetapi yang penting, kamu perlu pastikan sabun badan yang dipilih tidak menghilagkan minyak atau kelembapan semula jadi kulit kamu.
Kulit berminyak
Jenis badan kulit berminyak pula, kamu boleh gunakan sabun cecair atau gel. Kedua-duanya sesuai tetapi sekiranya badan mengalami masalah kulit seperti jerawat, gunakan sabun gel yang mengandungi salicylic acid dan benzoyl peroxide.
Kalau mahu gunakan sabun cecair, pastikan kamu memiliki produk yang non-comedogenic atau oil-free bagi elak daripada pori-pori tersumbat atau jerawat menjadi lebih teruk.
Kulit kering dan sensitif
Manakala kulit kering dan sensitif pula perlu memilih sabun cecair okay!
Sabun cecair lebih lembut dan memiliki formula pelembap yang lebih baik untuk badan. Tambah-tambah lagi bila sabun cecair tersebut ada bahan ceramide, hyaluronic acid dan glycerin, memang sesuai sangatlah untuk kamu.
Bagi individu yang mempunyai kulit sensitif, pilih sabun cecair yang tidak mengandungi bahan pewangi ye.
Jadi berdasarkan perkongsian penulis di atas, adakah selama ini kamu menggunakan sabun badan yang betul dan sesuai? Jika tidak, cepat tukar dan pakai dengan betul.