Setuju tak kalau penulis katakan Libresse, salah satu jenama tuala wanita kegemaran wanita Malaysia. Rekaan yang menepati bentuk bahagian intim serta keselesaan membuatkan ia menjadi pilihan ramai.
Istimewa Hari Malaysia, Libresse melancarkan koleksi baharu Libresse V-Kebaya Edisi Terhad yang direka bagi mengembalikan keyakinan Zon-V melalui interpretasi moden corak Kebaya Nyonya.
Rekaan Sesuai Dengan Miss V
Menggunakan corak bunga kekwa dan peony di atas kebaya yang menghias rekaan bungkusan dan pad edisi ini adalah untuk meraikan semangat wanita Malaysia yang kekal yakin dalam usaha mereka menormalkan tabu berkaitan Zon-V.
- Foto – Libresse
“Di Libresse, kami bercita-cita ingin mewujudkan ruang agar kaum wanita bebas menjalani kehidupan mereka tanpa perlu risau tentang tabu Zon-V dan usaha ini bermula dengan mengambil tahu dan menghargai Zon-V terdahulu.
“Rekaan V-Kebaya ini memberi mesej yang cukup kuat bahawa Zon-V adalah sebahagian daripada kita dan sepatutnya menjadi kebanggaan dan keyakinan kita.”
- Foto – Libresse
Pad ini menawarkan ciri dan kelebihan yang sama seperti produk Libresse lain, termasuklah rekaan SecureFit™ dengan bahagian hadapan lebih lebar, tirus di tengah dan berbelah di belakang supaya memberi padanan sempurna pada kontur badan wanita dan Deep Flow Channels (DFC) untuk penyerapan pantas.
Kedua-dua ciri ini memberikan padanan yang lebih sempurna dan penyerapan unggul untuk perlindungan terbaik serta keyakinan menyeluruh.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web, atau ikuti Facebook.