Nampaknya perkongsian lelaki ini mampu menurunkan berat badan sebanyak 20kg dalam tempoh masa 3 bulan tular.
Salah satu yang diamalkan adalah makan Roti Gardenia Ungu.? Lelaki yang dikenali sebagai Azmil Azli mengatakan dia makan roti ungu setiap pagi selama 3 bulan, dan berjaya menurunkan berat badan dari 75kg kepada 55kg.
- Foto – Twitter Azmil Azali
Kata Azmil, kalau makan roti pada pukul 9 pagi, boleh kenyang sampai pukul 5 ke 6 petang. Tidak hanya makan roti semata, dia makan 3 keping roti bersama peanut butter dan epal setiap pagi.
Gardenia 100% WholeGrain with Canadian Purple Wheat
Merupakan 100% bijirin semula jadi dari Canadian Purple Wheat yang sangat kaya dengan antioksidan. Rasa unik, rendah lemak dan sangat tinggi serat dan vitamin.
- Foto – Twitter Azmil Azali
Benar-benar roti yang enak dan sihat untuk seisi keluarga kerana tidak mengandungi bahan pengawet tiruan.
Komen pengguna, roti ini penuh dengan kebaikan. Ia sangat sihat kerana mempunyai lemak rendah, gula rendah dan kalori rendah ditambah dengan Glycemic Index.
Dicadangkan kepada sesiapa yang menghidap diabetes dan penyakit tekanan darah tinggi.
Selain makan roti, anda kena juga konsisten bersenam, makan banyak sayur dan buah serta minum air.
Selamat beramal!