Sudah beli banyak pakaian tapi tak tahu bagaimana caranya untuk gayakan anak kamu mengikut trend terkini? Apa kata kamu cuba follow 7 akaun Instagram ini.
Bukan sahaja kamu akan terpaku melihat gaya kanak-kanak tersebut. Malah pelbagai idea dan inspirasi boleh kamu perolehi daripada akaun Instagram ini untuk gayakan pada anak kamu.
Laerta
Memiliki jumlah pengikut sehingga 1.3 juta, Laerta dikenali sebagai seorang gadis yang serius dan meminati fesyen sejak kecil lagi.
Ryan Secret
Popular sejak bayi lagi, kebanyakkan gaya Ryan terdiri daripada gaya streetwear. Dia juga tidak takut untuk bergaya dan kelihatan sangat natural.
Nyjah Rinato
Tahu untuk posing dan bergaya seperti kanak-kanak yang cool, Nyjah yang berusia 4 tahun ini sememangnya mempunyai high taste dalam dunia fesyen.
Kang Hye Rin
Pendatang baru dalam dunia fesyen, Kang Hye Rin merupakan kanak-kanak yang gemar berfesyen dari Korea Selatan. Daripada gaya feminin sehingga ke gaya streetwear, Hye Rin sering menjadi inspirasi dalam fesyen kanak-kanak.
Aaisyah Dhia Rana
Apa yang dipakai oleh ibunya, Aaisyah juga mahukan perkara yang sama. Puteri sulung kepada pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan ini memang dikenali sebagai kanak-kanak yang gemar berfesyen.
Coco Pink Princess
Siapa sahaja yang tak kenal dengan gadis daripada Tokyo ini. Sejak usia 3 tahun lagi, Coco menunjukkan minat terhadap fesyen dan kebetulan ibu bapanya mempunyai kedai pakaian. Bermula daripada minat, kini Coco tampil di majalah-majalah fesyen.
Taytum & Oakley Fisher
Gemar memakai pakaian yang sama, kembar ini telah menjadikan diri mereka sebagai ikon fesyen cilik yang berpengaruh. Daripada pakaian corak sehinggalah kosong, semuanya nampak cantik dan terletak elok.
Kecil-kecil cili padi! Sangat pandai bergaya dan layak digelar fashionista cilik. Jadi ibu bapa, kamu bolehlah cuba beberapa gaya di atas pada anak kamu okay.