Bayi sudah menginjak masuk ke usia 6 bulan ke atas? Ibu bapa mesti tengah runsing fikirkan makanan apakah yang sesuai untuk tumbesaran bayi.
Jangan risau, Wanista cadangkan ibu bapa untuk mencuba makanan organik terlebih dahulu. Bukan sahaja bebas daripada bahan pengawet, malah senang sahaja untuk disediakan. Lihat 5 jenis makanan organik bayi di bawah;
TenTen Baby Guide Rice Rusk
Biskut bebas gluten ini sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas. Tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, pewarna dan wangian. Malah biskut ini juga sesuai untuk bayi yang mempunyai alahan terhadap telur dan kacang.
Ibu bapa boleh mendapatkan biskut ini dalam empat perisa iaitu original, sayur-sayuran, lobak merah, epal dan pisang.
Harga: RM 5.85 – RM 5.99 [BELI]
LOVE EARTH Organic Baby Noodles
Diiktiraf oleh sijil Halal Malaysia, mi organik ini diperbuat daripada tepung gandum organik, labu, beetroot dan plain wheat. Mi ini juga disyorkan pada bayi yang berusia 7 bulan ke atas.
Penggunaan bahan-bahan organik tersebut adalah untuk membantu melancarkan aktiviti pencernaan selain mengandungi pelbagai nutrisi dan zat yang baik untuk tumbesaran bayi.
Harga: RM 10.99 [BELI]
GNUBKINS Vegetable, Rice & Quinoa Pasta
Organik pasta ini diperbuat daripada beras organik, quinoa, beetroot, bayam dan kunyit. Pasta ini juga merupakan salah satu makanan bayi yang bebas gluten iaitu tiada gandum.
Sesuai untuk ibu bapa yang bekerja pasta ini mudah dimasak dan siap hanya dalam masa 15 minit sahaja.
Harga: RM 14.75 [BELI]
NBH BABY FOOD Instant Porridge
Bubur segera ini adalah bubur halus yang sesuai untuk bayi yang berusia 6 bulan dan ke atas. Bubur segera yang diperbuat daripada bahan organik ini tidak mengandungi soya, tenusu, bahan pengawet dan gula tambahan.
Ibu bapa boleh memilih pelbagai jenis perisa ikut kepada kesesuaian umur bayi kamu.
Harga: RM 14.25 – RM 19.00 [BELI]
WEL B Freeze Dried Fruit
Buah yang dikering dan dibekukan ini tidak mengandungi bahan pengawet dan perasa tambahan. 100% daripada buah sebenar dan masih mengandungi vitamin dan nutrien penting.
Bukan sahaja boleh dimakan oleh bayi, seluruh keluarga juga boleh makan buah ini! Ibu bapa boleh dapatkan buah kering dan beku ini dalam pelbagai perisa seperti peach, epal, aprikot, strawberi, jagung manis dan pisang.
Harga: RM 6.20 – RM 7.70 [BELI]
Berbanding dahulu ibu bapa zaman sekarang lebih beruntung kerana makanan organik bayi boleh didapati di mana-mana sahaja. Jadi bukan alasan lagi untuk beri bayi kamu makanan sembarangan ye.
Happy shopping!