Sebenarnya macam-macam trik dan tips yang boleh kita dapat di TikTok. Baru-baru ini penulis ternampak trik yang dilakukan oleh seorang gadis untuk putihkan gigi dengan segera. Tetapi… Gadis ini menggunakan hydrogen peroxide atau dikenali sebagai peluntur.
Agak-agak kamu selamat ke trik ini?
Gadis Viral Kerana Guna Hydrogen Peroxide
Di TikTok gadis yang dikenali sebagai @gracegeyerr ini telah berkongsi satu trik untuk mendapatkan gigi putih dengan segera.
https://www.tiktok.com/@gracegeyerr/video/6917081596466154757?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6893908700412200449
Menurut gadis ini, dia hanya berkumur dengan hydrogen peroxide seketika sebelum memuntahkan semula cecair tersebut. Hasilnya gigi gadis tersebut menjadi putih seperti baru sahaja mendapatkan rawatan di klinik gigi.
Ramai Pula Yang Mahu Cuba
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok mahu mencuba trik ini. Dan ada juga yang pernah lakukannya.
“Saya akan cuba trik ini dan akan beritahu kamu hasilnya”
“Saya telah gunakan hydrogen peroxide untuk putihkan gigi selama bertahun-tahun dan ianya berkesan”
“Ia adalah toksik tetapi okay”
“Ibu saya minta saya untuk berus gigi dengan hydrogen peroxide setiap malam”
Malah ada juga yang mengatakan hydrogen peroxide perlu dicampurkan dengan air terlebih dahulu. Ada juga yang meminta gadis ini untuk berhenti melakukan trik ini.
“Jangan terus gunakannya! Anda perlu campurkannya dengan air kerana ia terlalu kuat dan boleh membakar tisu gusi!”
“Jangan gunakan ini! Anda seharusnya mencampurkannya dengan air terlebih dahulu.”
“Lebih baik jika anda mencampurkannya dengan air”
“Pertama, ia tidak berfungsi secepat itu. Tetapi ia berfungsi dari masa ke masa. Kedua, anda perlu melakukan setengah air setengah hydrogen peroxide. Terus gunakan hydrogen peroxide boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan.”
Selamat Ke Trik Ini?
Dipetik daripada OK!, doktor gigi iaitu Dr. Krystyna Wilczynski mengatakan trik yang menggunakan hydrogen peroxide sebagai bahan pemutih gigi adalah berbahaya.
“Ramai yang menggunakannya sebagai ubat kumur atau secara terus pada gigi untuk putihkannya. Ia tidak selamat kerana peratusan maksimum yang dibenarkan hanyalah 16% dan ianya dalam bentuk gel sahaja.”
Menggunakan hydrogen peroxide tanpa pengawasan pihak profesional boleh menyebabkan beberapa kerosakan dan bahaya. Antaranya adalah;
- kerengsaan pada gusi
- kemerosotan gusi
- gigi menjadi sensitif
- kehilangan gigi
- kerosakkan enamel
Tambahnya lagi untuk memutihkan gigi dengan selamat dan berkesan, individu berkenaan perlu mendapatkan rawatan daripada klinik berdaftar dan pakar profesional.
Jangan mencuba-cuba trik ini sendirian di rumah okay? Apa-apa pun, dapatkan rawatan gigi daripada doktor yang berlesen dan profesional.