Miliki pori terbuka memang mimpi ngerilah untuk wanita. Bukan apa kalau nak mekap nanti memang nampak tak cantiklah! Lagi pun kalau ada pori terbuka ini, macam-macam masalah kulit boleh terjadi seperti jerawat, kulit berminyak dan tak berseri.
Nak tahu rahsia untuk selesaikan masalah pori terbuka ini? Jom baca perkongsian seorang wanita di Facebook. Katanya hanya gunakan 3 bahan dapur sahaja.
Masalah Selesai Dengan Masker Pisang, Yogurt & Madu
Perkongsian yang dibuat oleh Myrah CR, wanita ini mendedahkan salah satu faktor pori terbuka ini kerana malas mencuci wajah. Tambahnya lagi masalah ini sering terjadi di bahagian pipi, dagu dan hidung.
Ujarnya untuk mengatasi masalah pori terbuka itu, dia hanya menggunakan bahan dapur sahaja. Antaranya adalah pisang, yogurt dan madu asli. Ketiga-tiga bahan ini dijadikan sebagai masker seperti di bawah;
- Lenyekkan pisang bersama madu asli di dalam pinggan sehingga campur rata.
- Kemudian masukkan yogurt dan kacau sehingga sama rata.
- Ambil campuran tersebut disapukan pada kawasan pori terbuka.
- Biarkan masker tersebut kering sebelum dibilas dengan air yang bersih.
Nak lebih berkesan lakukan sekali bagi setiap minggu okay?
Kebaikan Pisang, Yogurt & Madu Asli
Buah pisang terbukti mempunyai khasiat untuk kulit. Antaranya adalah menyembuhkan jerawat dengan lebih cepat dan mencegah pembentukan jerawat baru. Selain itu, pisang juga mengandungi beberapa nutrisi untuk melembapkan dan menjaga kulit supaya tidak kering.
Bagi yogurt pula, ia mempunyai nutrisi yang berperanan sebagai exfoliater semula jadi untuk membuang sel-sel kulit mati. Selain itu yogurt juga boleh mencegah dan melawan bakteria yang menjadi penyebab jerawat.
Madu membantu mencegah tanda-tanda penuaan dan melembapkan kulit. Pada masa yang sama madu juga mengandungi sifat antioksidan, antibakteria dan antiseptik yang membantu pori terbuka menjadi bersih.
Jadi tunggu apa lagi kalau wajah kamu ada banyak pori terbuka, bolehlah cuba perkongsian di atas. Selamat mencuba!