Memang sakit hati bila kekasih secara tiba-tiba pergi meninggalkan kamu tanpa sebarang kata. Sejak itu bermulalah episod kamu menyoal diri sendiri apakah salah dan apakah sebabnya si dia pergi tinggalkan kamu.
Jangan risau, Wanista faham keperitan dan kekeliruan kamu itu. Jika si dia lakukan hal sebegitu, ini antara perkara yang perlu kamu buat.
#1 Berikan masa untuk diri kamu
First thing first, situasi ini akan memberi kejutan dan kamu akan berasa seolah-olah mahu bangun daripada mimpi ini. Nasihat Wanista, ambil masa untuk hadam kesemua perkara yang terjadi.
Jangan terlalu panik tetapi cuba untuk berfikir secara waras. Jika kamu tidak boleh tangani dengan sendiri, cuba dapatkan bantuan atau sokongan. Tak kiralah dengan kawan yang kamu percaya atau ahli keluarga.
#2 Bersedih selagi perlu tapi jangan melampau
Jika kamu rasa mahu bersedih, menangis atau marah, teruskan. Lakukan apa sahaja yang kamu mahu. Jangan pendam dan ambil sebanyak mana masa yang kamu perlukan untuk rasa lebih baik.
Tetapi ingat semasa bersedih atau terbawa-bawa emosi, jangan terlalu melampau. Ini kerana ia boleh memberikan kesan yang tidak baik pada badan dan juga mental kamu. Berpada-pada okay?
#3 Berhenti hubungi si dia
Wanista tahu sebaik sahaja si dia putuskan hubungan, kamu pasti akan terus menghubungi untuk mendapatkan penjelasan. Ketika ini jika si dia tidak membalas atau mengangkat panggilan, kamu perlu berhenti hubungi si dia.
Bukan apa situasi ini akan menyakitkan dan melukakan hati kamu lagi. Semakin cepat kamu move on dan biasakan hidup tanpa si dia, hidup kamu akan menjadi semakin baik.
#4 Jangan pendam apa yang kamu rasa
Jangan berpura-pura kamu sebenarnya okay dengan situasi tersebut. Wanista tahu kamu akan berpura-pura senyum dan tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Kamu sebenarnya tak perlu tunjukkan kamu kuat dan senyum sepanjang masa. Jangan pendam apa yang kamu rasa. Ingat, tak salah untuk luahkan apa yang kamu rasa daripada pendamnya.
#5 Utamakan penjagaan diri
Pada saat ini, penting untuk kamu utamakan diri sendiri. Wanista cadangkan kamu untuk lakukan rutin harian penjagaan diri. Tak kiralah apa sahaja yang kamu mahu lakukan, pastikan ianya beri manfaat dan membantu kamu untuk move on.
Antara rutin harian penjaagaan diri yang kamu boleh cuba adalah:
- berjumpa atau berkumpul dengan rakan dan keluarga
- lakukan meditasi, yoga ataupun work out untuk fokus pada pembangunan diri
- baiki perasaan dan jiwa menerusi lagu, baca buku, memasak, berjumpa dengan terapi dan sebagainya
- bercuti dan cari pengalaman di tempat baru
- dapatkan tidur yang cukup tetapi jangan terlebih tidur
Sebenarnya kamu perlu tahu kamu adalah wanita yang paling cantik dan hebat. Jika si dia tinggalkan kamu tanpa sebab atau sebarang kata, kamu tak perlu tangisinya tetapi ingatlah bahawa si dia telah hilang satu wanita yang terbaik di dunia.