Mak mana yang tak risau bila dengar bunyi pernafasan bayi terlalu kuat disebabkan oleh kahak. Jangan terkejut pula, bayi boleh mendapat kahak disebabkan oleh persekitaran, serangan virus dan cuaca.
Bila ada kahak, memang susahlah mereka untuk bernafas dan hisap susu kerana bayi tidak tahu cara bernafas melalui mulut. Ibu bapa jangan bimbang kerana Wanista syorkan 4 produk ini untuk buang kahak bayi kamu. Cepat dan mudah!
Nasal saline drops
Nasal saline drops atau air garam ini berfungsi untuk melegakan hidung yang tersumbat disebabkan oleh selesema. Pada masa yang sama, ia juga boleh mencairkan mucus yang mengurangkan pembentukan kahak bayi.
Cara-cara untuk menggunakannya adalah baringkan bayi dalam keadaan terlentang dan tinggikan bahagian dada dengan meletakkan kain di bahu bayi. Titiskan air garam ke dalam hidung dan biarkan selama 30 sehingga 60 saat sebelum tiarapkan bayi ke bawah. Tujuannya adalah untuk keluarkan hingus atau lebihan cecair dalam hidung. Kemudian bersihkan hidung dengan tisu atau kain.
Gas nebulizer
Bagi yang ingin mencuba gas nebulizer pula, kaedah ini berfungsi untuk cairkan kahak. Kebiasaannya gas nebulizer digunakan pada bayi yang mengalami bunyi pernafasan yang kuat sehingga keluar bunyi dari paru-paru ketika bernafas.
Penyedut hidung
Manakala penyedut hidung pula membantu menyedut mucus yang terkumpul di hidung yang menyebabkan terjadinya kahak. Ibu bapa perlu pastikan penyedut hidung dalam keadaan bersih sebelum digunakan pada bayi ye.
Cara untuk gunakannya adalah mudah. Masukkan hujung tiub ke dalam hidung tetapi jangan terlalu dalam kerana boleh lukakan hidung bayi. Picit keluar udara dalam penyedut hidung dan picit semula untuk menyedut semula mucus dalam hidung.
Percussion cup
Jika tidak berani gunakan ketiga-tiga produk di atas, ibu bapa boleh gunakan percussion cup untuk mengeluarkan kahak bayi. Kaedah ini berupaya mencairkan mucus di paru-paru bayi.
Caranya adalah pakaikan bayi baju yang lengkap atau lapik dengan selimut di belakang bayi. Letakkan bayi di permukaan tebal seperti tilam atau bantal. Kemudian ambil percussion cup dan tepuk perlahan-lahan dan konsisten di belakang bayi. Jika tiada percussion cup, ibu bapa boleh juga gunakan tapak tangan yang dibentuk menjadi cupping.
Jadi itulah produk yang sering digunakan oleh ibu bapa untuk membuang kahak bayi. Sekiranya kamu tidak yakin untuk mencubanya sendiri, dapatkan nasihat daripada doktor okay? Selamat mencuba!