Siapa kata orang gemuk sahaja yang ada double chin? Orang kurus pun ada juga ye.
Selain daripada pertambahan berat badan, double chin ini sebenarnya boleh terjadi disebabkan oleh kulit kendur akibat penuaan, struktur wajah dan sebagainya.
Kerap kali kita dengar nak hilangkan double chin ini, kita perlu diet. Tak juga sebenarnya kerana nak hilangkan double chin ini pun boleh dilakukan dengan senaman saja. Jom buat macam di bawah!
#1 Panaskan Otot
Sebelum lakukan senaman, panaskan otot muka terlebih dahulu. Cara-caranya adalah gerakkan rahang kamu ke depan dan ke belakang. Kemudian, gerakkan ke bahagian tepi iaitu kiri dan kanan.
Ulang sebanyak 8 sehingga 10 kali.
#2 Teknik Cedok
Untuk teknik cedok, buka mulut kamu dan letakkan bibir bawah pada bahagian atas gigi. Ketika ini, cuba bayangkan kamu sedang mencedok air menggunakan rahang bawah.
Gerakkan kepada kamu dalam keadaan mencedok ke bawah, dan tutup mulut ketika angkat kepala. Ulang sehingga 5 atau 7 kali.
#3 Teknik Sentuh Hidung
Keluarkan lidah kamu dan gerakkan ke atas, seolah-olah mahu hujung lidah mahu menyentuh hidung. Tahan selama beberapa saat dan kembali ke posisi asal.
Ulang sebanyak 5 kali.
#4 Teknik Muka Bujur
Untuk teknik ini, pusingkan kepala kamu ke kiri. Kemudian tolak rahang bahagian bawah ke hadapan. Ketika ini kamu akan rasa otot di leher tegang seperti ditarik.
Seterusnya, ulang pergerakan ini ke bahagian kanan pula. Lakukan sebanyak 5 kali bagi setiap bahagian.
#5 Teknik Cium Siling
Donggakkan kepala ke atas, pandang siling dan muncungkan mulut seolah-olah bercium. Tahan dalam posisi ini selama 5 hingga 8 saat dan kembali ke posisi asal.
Ulang sebanyak 5 kali.
#5 Teknik Tekanan
Dalam posisi pandang ke hadapan, letakkan tangan di bawah dagu dan gerakkan rahang ke arah bawah. Genggam tangan seperti dalam gambar dan letak di bawah rahang.
Tegangkan otot rahang dan lawan pergerakkan rahang kamu. Tahan selama 3 hingga 5 saat. Ulang semula teknik ini sebanyak 5 hingga 7 kali.
#6 Tenik Senyum
Bagi teknik ini pula, cuba bayangkan kamu kena senyum dalam keadaan terpaksa. Ketap gigi dan senyum dengan lebar.
Jika tidak boleh, tolak lidah kamu ke atas lelangit. Ketika ini kamu akan rasa tekanan yang kuat pada dagu. Tahan selama 5 saat dan kembali ke posisi asal. Ulang sebanyak 5 hingga 8 kali.
#7 Teknik Pipi Kembung
Pertama sekali, tarik nafas dan penuhkan pipi kamu dengan udara. Tekan pipi menggunakan jari atau tapak tangan.
Tahan selama 5 saat dan hembus semula udara keluar dan rehat sekejap. Ulang kembali langkah ini sebanyak 5 kali.
Jangan lakukan sebanyak sekali atau dua kali sahaja ye. Lakukan dengan kerap, barulah wajah tiada double chin. Selamat mencuba!