Tak ramai yang berani dan mahu bergaya dengan warna merah. Tapi kalau kamu nak tahu, warna merah sangat menarik kerana boleh menaikkan lagi penampilan kamu.
Jika ada pakaian atau pun aksesori berwarna merah dalam koleksi kamu, apa kata kamu cuba padankan begini. Bukan sahaja nampak lebih bergaya, malah kamu juga akan nampak lebih muda dari umur sebenar.
Pertama sekali, pilih warna merah ikut jenis kulit seperti…
Nak pakai warna merah, bukan sembarangan jenis merah kamu boleh pakai. Pilih warna merah yang sesuai mengikut jenis kulit kamu.
Bagi kulit berwarna:
- Cerah sesuai dengan warna merah jambu seperti merah ruby atau ceri.
- Sederhana sesuai dengan kebanyakan warna merah.
- Gelap sesuai dengan warna merah oren seperti limau.
Sudah tahu jenis warna yang sesuai, jom padankan begini…
#1 Merah Dan Hitam Atau Putih
Sekiranya mahu menghadiri acara rasmi atau ke pejabat, cuba gabungkan ketiga-tiga warna ini. Bukan sahaja menaikkan penampilan kamu, malah menampakkan kamu lebih profesional.
#2 Head-To-Toe Merah
Kalau kamu berani dan mahu lebih menonjol daripada orang lain, cuba pakai warna merah dari atas sehingga ke bawah. Mengikut trend terkini, gaya head-to-toe ini sangat sesuai untuk kamu bersantai atau hadir acara tidak formal.
#3 Mix And Match
Cuba padankan beberapa warna dengan warna merah. Sama ada mustard dan merah, merah dan teal, atau pun merah dan biru.
#4 Pilih Kasut Merah
Jika tidak mahu memakai pakaian berwarna merah, apa kata kamu padankan pakaian kamu dengan sepasang kasut merah. Tak kisahlah kasut tumit tinggi, sandal atau sneakers, kamu akan nampak lebih cantik!
(Tip: Jika kamu mengenakan suit, pilih sepasang kasut merah gelap.)
#5 Pakai Aksesori Merah
Tak lengkaplah gaya jika tiada aksesori, betul tak? Kali ini, kamu cuba padankan gaya kamu dengan sedikit sentuhan daripada aksesori merah. Tambah-tambah lagi kalau kamu pakai pakaian yang berwarna neutral, lagi nampak menonjol.
#6 Calit Sedikit Gincu Merah
Nak nampak lebih klasik dan menawan? Cuba kenakan sedikit gincu merah pada bibir. Penampilan kamu akan terus naik dan nampak berseri.
Bagi wanita yang mempunyai kulit sederhana, pilih warna seperti merah terang dan kulit cerah pula, pilih warna merah jambu. Manakala kulit gelap, pilih warna merah oren okay?
Jadi itulah beberapa tips dan trik untuk bergaya dengan warna merah. Jangan lupa untuk mencuba warna ini jika kamu mahu kelihatan lebih muda dan stylish.