Kini rakyat Malaysia boleh miliki kulit wajah flawless seperti bintang K-pop pujaan dengan hanya mengamalkan ini!
Orient Europharma Malaysia (OEP MY) memperkenalkan dua booster kulit premium dalam pasaran produk kecantikan mereka, iaitu Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+.
Produk ini digunakan oleh doktor-doktor estetik sebagai rawatan kombinasi merangkumi tiga hingga empat sesi dengan selang dua minggu. Pada akhir rawatan, kulit akan nampak lebih gebu, lebih cerah, lebih terhidrat, dengan kesan lebih segar yang memberikan aura seperti berlian.
Diamond Feel Forte
Booster ini mengandungi 67 bahan aktif, memberi kesan paling optimum untuk menambah pelembapan dan menghilangkan garis-garis halus dengan menggunakan asid hialuronik ikatan silang separa.
- Foto – FB
Kesan parut disembuhkan dengan menggunakan ektrak sel tunjang tumbuhan dan Polideoksiribonukleotida (PDRN), iaitu DNA diekstrak daripada ikan salmon yang boleh mempercepat proses penyembuhan kulit.
Keadaan kulit ditambah baik dengan menggunakan booster kolagen menerusi faktor-faktor pertumbuhan, peptida dan asid amino.
Dermal Sign E+
Booster ini adalah rumusan intensif berasaskan asid hialuronik yang membantu memberi kesan pencerahan luar biasa dan kekal lama bagi mereka yang mendambakan wajah lebih cerah dan kulit tanpa pigmen.
- Foto – FB
Produk ini mengandungi tiga kali ganda bahan-bahan pencerahan seperti gltathion (sejenis bahan larut air), asid traneksamik (bahan pencerahan yang kebanyakannya digunakan dalam ubat untuk rawatan pigmentasi) dan AA2G (kesan antioksidan Vitamin C stabil).
Dermal Sign E+ membantu mengurangkan pengeluaran melanin (pigmentasi) dengan lebih baik daripada Arbutin (bahan kosmetik yang memudarkan hiperpigmentasi) dalam ujian kesan pencerahan.
Nak rasai pengalaman rawatan Booster Kulit Premium? Rawatan kombinasi ini memerlukan tiga hingga empat sesi rawatan dalam selang masa dua minggu, dengan tempoh penjagaan dan penyenggaraan setiap enam bulan berdasarkan keadaan kulit.
- Foto – Orient Europharma Malaysia
Klinik yang menawarkan rawatan ini, seperti berikut:
- Sliq Clinic
- Xeoul Clinic
- Nextmed Clinic
- X Infinity Clinic
- Lara Clinic
- Yuri Clinique
- Dr Nazelia Clinic
- B&Co Clinic
- Klinik Dia Raissa
- Klinik Dr Diana
- Bright Clinic
- M Touch Clinic
- Cellesis Clinic
- Calla Aesthetic
- Infinity Clinic by Dr Nadz
- Regalion Clinic
- Kaiteki Clinic
- Anggun Medi-Klinik
Rawatan ini berhaga RM2,500 untuk setiap sesi dan pengguna boleh mendapat harga pakej diskaun RM6,000 untuk empat sesi (penjimatan berjumlah RM4,000).