Siapa di sini suka melihat penampilan terbaru pelakon, Fazura? Nampak sangat manis dan sejuk sahaja mata memandangnya.
Walaupun tampil dengan imej bertudung, Fazura tetap tampil bergaya dengan OOTD-nya yang lebih manis, sopan dan elegan. Sesuai untuk dijadikan sebagai inspirasi hijabis terkini, jom lihat beberapa OOTD Fazura yang paling on point di bawah!
Moden Dan Elegan
Nampak lebih moden dalam pakaian serba merah jambu. Jika tiada jubah atau dress, kamu boleh mengenakan apa-apa jenis pakaian sekali pun. Padankan pula dengan kasut tumit tinggi dan bag berwarna putih.
Untuk dapatkan look ini, cuba kamu gabungkan warna putih dan biru. Pakai blouse yang mempunyai potongan panjang seperti duyung di bahagian belakang bersama seluar palazzo jeans. Ala-ala wanita melayu terakhir versi moden!
Tak Lupa Denim
Siapa sahaja yang tak sukakan denim. Menjadi pakaian yang digemari ramai, kamu boleh padankan denim dengan apa jua pakaian dan gaya kamu mahukan.
Seperti Fazura, dia telah gayakan denim palazzo jeans dengan kemeja biru bersama beg tangan putih. Atau gayakan denim jeans bersama kemeja hijau dan beg tangan koko.
Simple Tapi Manis
Nampak manis sangat dalam OOTD yang simple ini. Tak ada masa nak bersiap? Cuba gayakan skirt panjang kegemaran kamu dengan blouse putih. Kemudian padankan dengan gaya tudung terkini.
Putih Bak Puteri Salju
Bagi gaya ini, kamu boleh memakai head-to-toe putih atau padankan dengan skinny jeans atau seluar palazzo.
- Foto – @missfazura (Instagram)
Untuk tudung pula, padankan dengan tudung berwarna nude atau pink. Nampak lebih manis dan profesional! Jangan lupa gayakan tudung ikut trend terkini okay?
Gaya Kasual Lebih Selesa!
Hijabis tak boleh bergaya? Cuba lihat gaya OOTD Fazura di bawah. Kamu boleh padankan baseball shirt bersama seluar khakis potongan moden.
Atau jika mahu kelihatan lebih selesa, gayakan t-shirt besar bersama dengan skinny jeans. Padankan pula dengan kasut ala-ala sporty, nampak lebih wow!
Jadi hijabis tunggu apa lagi? Jadikan gaya OOTD Fazura di atas sebagai inspirasi kamu untuk kekal bergaya walaupun bertudung. Selamat mencuba!