Siapa yang tidak mengenali sosialit Singapura Jamie Chua yang cukup dikenali dengan koleksi beg tangan Hermes Birkin. Koleksinya cukup banyak dari pelbagai warna hinggalah ke rekaan edisi terhad, semua wanita cantik ini ada.
Menerusi satu podcast Pass the Power with Paige Parker, ibu kepada dua anak ini menyentuh pengorbanan yang dialaminya semasa dalam tempoh perceraian dengan bekas suaminya, jutawan Indonesia Nurdian Cuaca ketika 2010.
Mengaku Terpaksa Jual Beg Birkin
Bila ditanya apakah dia pernah menjual koleksi beg Birkin, Chua mengaku dia terpaksa menjual beg Birkin dari koleksinya kerana mahu memberi makan kepada anak-anaknya.
- Foto – Insider
“Semasa tempoh perceraian, saya sebenarnya menjual banyak beg Birkin untuk memberi makan kepada anak-anak.
Katanya lagi, beg itu mungkin ‘salah satu pelaburan terbaik’ yang dia buat kerana ia tetap menyimpan nilai walaupun digunakan.
Kekayaannya Bukan Dari Suami
Chua turut menjelaskan bahawa semua yang dia miliki sekarang bukan berasal dari kekayaan bekas suaminya.
“Orang tidak menyedari kebenaran bahawa saya telah memainkan peranan penting dalam keberhasilan kami berdua capai dalam perniagaan kami.
- Foto – Instagram
“Orang juga tidak tahu penderitaan yang kami lalui pada awal perkahwinan dan bahkan setelah bercerai. Saya terus bekerja keras untuk mengekalkan gaya hidup yang saya nikmati hari ini.
Anggap Haters Adalah Peminat Terbesar
Satu perkara yang dikongsi lagi, Chua menganggap haters sebagai peminat terbesarnya.
“Apabila orang yang tidak mengenali saya bercakap tentang saya, saya merasakan bahawa saya benar-benar berjaya, dan saya selalu percaya bahawa haters saya adalah peminar terbesar saya,” katanya.
Nota – Beg Hermes Birkin, paling dikehendaki dan terkenal dari semua beg pereka mewah, boleh dijual dengan harga dari $ 9,000 hingga $ 500,000 setiap satu.