Muka makin gelap lepas pakai foundation? Bukan ke tujuan foundation untuk mencerahkan?
Tak dinafikan ramai wanita yang mengalami situasi yang sama. Pakai sahaja foundation, 30 minit selepas itu wajah berubah menjadi makin gelap. Agak-agak kamu kenapa ye?
Nak tahu mengapa dan bagaimana caranya untuk atasi masalah ini, jom baca perkongsian oleh seorang profesional makeup artist, Syedewa di bawah;
Proses Oxidation Penyebab Utama
Syedewa atau nama sebenarnya Syed Mohamad Fahmi Syed Shabtar berkata situasi ini adalah normal. Ujarnya perubahan foundation ini berlaku disebabkan oleh proses oxidation akibat terdedah pada udara dan beberapa faktor lain.
Sebab itulah kalau kamu perasan bila pakai sahaja foundation, warnanya sesuai dengan warna kulit dan nampak cantik. Tetapi tak lama selepas itu kulit wajah berubah menjadi gelap.
Tambah-tambah lagi foundation yang mempunyai matte finish, ada masanya kamu akan rasa kulit wajah seolah-olah terbakar kerana proses tersebut.
Foundation Jangan Buang Tapi Buat Macam Ini
Dedah Syedewa, foundation yang sedia ada itu tidak perlu dibuang kerana boleh digunakan lagi. Apa yang kamu perlu buat, beli satu lagi foundation. Foundation baru ini mestilah kod warnanya lebih atau paling cerah daripada foundation sedia ada.
“Profesional makeup artist selalu guna trik ini untuk atasi masalah foundation jadi gelap. Tujuan foundation baru ini adalah untuk jadi colour corrector pada foundation sedia ada.”
Kemudian, ambil foundation lama dan campurkan sedikit dengan foundation baru sebanyak setitik atau dua titik. Campurkan kedua-dua foundation ini dan cuba di kulit wajah.
Jika tidak sesuai dengan warna kulit, tambahkan lagi beberapa titik foundation baru. Ulang langkah ini sehingga campuran foundation sesuai dengan warna kulit kamu.
Ingat jangan buang foundation lama ye. Selamat mencuba!