Pernah terlintas tak dalam fikiran, adakah kamu seorang hiperseks ataupun bukan? Untuk info kamu, keadaan hiperseks atau nymphomania ini merupakan satu tingkah laku yang tidak boleh dikawal.
Bukan sahaja menyebabkan wanita tertekan dari segi mental. Malah ia juga boleh memberi kesan negatif dan bahaya pada kesihatan, perhubungan dan aktiviti harian.
Nak tahu apakah tanda-tanda wanita hiperseks? Scroll dan baca sampai habis okay!
Onani berlebihan
Beronani itu adalah normal. Yang tak menjadi normal adalah orang hiperseks ini boleh beronani selama berjam-jam lamanya dalam masa sehari.
Pada masa yang sama, mereka juga cenderung mempunyai ketagihan dalam menonton pornografi atau obses bercakap tentang seks. Jangan terkejut pula, ada juga wanita yang beronani ketika tidur kerana tidak sedar.
Kerap hilang fokus
Tak dinafikan bila seks menjadi perkara utama dalam kehidupan, individu hiperseks akan menghadapi kesukaran dalam menumpukan perhatian pada perkara lain.
Keinginan untuk melakukan seks yang berlebihan boleh menyebabkan beberapa aktiviti seksual berlaku di mana-mana sahaja. Antaranya menonton pornografi ataupun beronani di tempat awam.
Tak boleh berkomitmen
Kebanyakan wanita hiperseks tidak boleh berkomitmen dengan pasangan mereka. Jika ada, kebanyakan hubungan itu adalah berdasarkan keinginan seksual sahaja.
Selain itu, wanita hiperseks boleh mempunyai hubungan sulit dengan lelaki untuk memenuhi keinginan mereka.
Fantasi seks yang luar biasa
Wanita yang memiliki gangguan hiperseks sering kali memiliki fantasi seksual yang luar biasa dan tidak terkawal. Contohnya fantasi melakukan hubungan seks dengan kekerasan fizikal, menggunakan alat seks dan sebagainya.
Seks sebagai penyelesaian masalah
Memang betul seks boleh hilangkan tekanan pada wanita dan lelaki. Tetapi ianya bukanlah penyelesaian bagi setiap masalah yang kamu hadapi.
Lakukan beberapa perkara lain yang lebih positif untuk menyelesaikan atau meringankan masalah seperti bersenam atau berbual dengan rakan.
Tidak ‘nikmat’ ketika berhubungan seks
Walaupun dalam fikirannya mengandungi fantasi dan keinginan seks yang melampau, individu hiperseks ini tidak pernah berasa puas atau nikmat.
Ini kerana gangguan hiperseks telah menyebabkan mereka tidak merasai kepuasan seperti orang normal. Dalam masa yang sama, obsesinya terhadap seks akan berulang-ulang.
Sukar menahan keinginan untuk melakukan seks
Bagi wanita hiperseks, kebanyakan masa mereka hanya akan dipenuhi dengan fantasi dan keinginan untuk melakukan hubungan seks.
Jika tidak dipenuhi, mereka akan cenderung mempunyai tingkah laku eksibisionis. Tingkah laku ini adalah menunjukkan kemaluan pada orang yang dikenali atau pun tidak.
Hiperseks adalah satu keadaan yang tidak boleh dirawat dengan sendiri. Jika kamu merasakan ada tanda-tanda seperti di atas, dapatkan nasihat daripada pakar dengan segera okay?