Dulunya wanita cantik ini mengamalkan pemakanan berasaskan sayur (vegetarian) tetapi kini selesa menikmati daging.
Tapi apa yang membuatkan wanita ini mengubah diet? Erica Dobeck @EricaEatsOrgans, telah mengumpul lebih ribuan pengikut di TikTok berkongsi mengenai dietnya yang luar biasa, yang melibatkan bukan hanya daging, tapi daging mentah dan organ mentah.
@ericaeatsorgans Reply to @chloenicoleshort why I eat like I do #organmeat #keto @frankietufano ty
Dulu Hanya Makan Sayur Tapi…
Erica Dobeck telah menjadi vegan selama satu tahun ketika dia mula menyedari kemerosotan tahap kesihatannya.
Wanita muda 22 tahun ini menjelaskan bahawa menjadi vegan ‘sangat bermanfaat’ untuknya pada awal, dia lebih bertenaga, terasa sihat serta memberinya kulit yang bersinar.
Walau bagaimanapun setelah setahun menjalani diet makan sayur, dia mengalami kesan kitaran haid tidak teratur dan kulit ditumbuhi jerawat ekstrem.
- Foto – IG Erica Dobeck
“Diet itu secara drastik mempengaruhi penampilan, di mana jerawat cystic tumbuh di seluruh dahi dan pipi. Saya juga kehilangan haid dan kuku saya mempunyai garis putih di tengahnya, yang bermaksud saya kekurangan zinc.”
Dermatologi Suruh Ubah Cara Pemakanan
Perubahan penampilan yang drastik, Erica berjumpa dengan ahli dermatologi dan memberitahu bahawa dia kekurangan zinc dan perlu mula makan beberapa produk haiwan untuk menyelamatkan kesihatannya.
Melalui penyelidikan, Erica belajar tentang makan daging dan organ mentah sebagai sumber vitamin, dan dari situ dia mula mengamalkannya.
Makan Daging & Organ Mentah Sebagai Alternatif
Erica mengatakan bahawa dia memandang organ dan daging sebagai alternatif untuk mengambil suplemen, dan menjelaskan daging mentah tidak membuatnya sakit kerana dia perlahan-lahan meningkatkan pengambilan dan titik berat kualiti daging yang dibelinya.
- Foto – TikTok @ericaeatsorgans
Menurut Erica lagi, dia masih makan makanan biasa, cumanya amalan organ dan daging mentah alternatif kepada suplemen.
Selain dimakan mentah begitu saja, Erica memasukkan ke dalam smoothie. Walaupun rasa agak meloyakan, tetapi demi kebaikan kesihatan dia ‘tutup mata’ saja.