Kalau kondom tersangkut dalam vagina selepas melakukan hubungan kelamin, apa yang kamu harus lakukan?
Kemalangan ini berlaku apabila kondom yang digunakan terlalu besar, terlalu kecil atau pasangan tidak mengeluarkan kondom selepas ejakulasi, yang menjadikan bahagian dalam kondom licin.
Cuba Keluarkan Dengan Jari Yang Bersih
Jika perkara ini berlaku, kondom harus segera dikeluarkan. Kamu sendiri lakukan dengan mengeluarkannya melalui lubang faraj atau pasangan kamu.
- Foto – Aidsmap
Panjang faraj biasanya 10 hingga 12 cm, jadi kondom mudah dicapai. Mengeluarkan kondom hanya boleh dilakukan dengan jari yang bersih sahaja, bukannya penyepit bulu mata, gunting atau benda asing.
Memasukkan benda tajam ke dalam vagina berisiko mencederakan kulit lembut pada dinding vagina. Selain itu, jika alat tidak disterilkan, ia akan menimbulkan risiko memasuki bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan.
Posisi Terbaik Untuk Mengeluarkan Kondom
Posisi terbaik nak mengeluarkan kondom ketika sedang mandi atau berbaring, tarik nafas dalam-dalam dengan merehatkan diri, dan masuk dalam faraj dengan jari yang bersih, rasakan kondom.
Sebaik saja anda merasai kondom, tarik perlahan-lahan kondom ke arah bukaan faraj anda. Ia mungkin terasa licin dan sukar digenggam.
- Foto – iStock
Sekiranya anda merasakan kondom tetapi tidak dapat mengeluarkannya sendiri, elok berjumpa doktor agar tiada perkara buruk berlaku pada kelamin anda.