Luar biasa sekali Gigi Hadid dengan abs yang sempurna ketika membuat kemunculan di pentas runway Paris Fashion Week.
Gigi Hadid, 26, dikenali kerana status supermodel dan caranya berjalan di runway. Tetapi selepas Paris Fashion Week, abs yang terletak dan cantik menjadi sebahagian daripada signature Gigi.
Dalam pertunjukan Coperni Womenswear, Gigi memukau orang ramai dengan mengenakan crop top oren dan skirt sequin perak tapi highlight tentu saja pada abs yang cantik terbina.
- Foto – Getty
Setahun selepas kelahiran anak perempuannya, Khai, penampilan Gigi kelihatan lebih berseri-seri daripada sebelumnya.
Rahsia Fitness Gigi Hadid
Nak mendapatkan tubuh badan berserta abs sebegitu, bukan jalan mudah bagi Gigi. Lagi pula selepas melahirkan cahaya mata, dia memerlukan kerja keras lebih agar kelihatan sihat bertenaga dan sempurna.
Menurut trainer Gigi, Rob Piela, workout Gigi boleh menjadi sangat intense. Gigi akan workout setiap hari selama satu jam, menggabungkan kardio dan tinju sekali.
- Foto – Pinterest
Bagi Gigi, tinju lebih dari sekadar pukulan, sukan itu memberikan sesuatu yang perlu dia fokus di gimnasium.
Gigi Hadid Makan Ini Untuk Diet
Untuk diet, setiap pagi Gigi akan mengambil sarapan telur hancur dan roti bakar, kopi dan jus oren.
Makanan tengahari pula hamburger atau salad arugula. Kemudian, makan malam bergantung pada apa yang dia ingin makan, selalunya dia akan memasak.