Apa posisi cuddling kegemaran kamu?
Setiap orang tahu betapa pentingnya cuddling atau pelukan dalam perhubungan. Cuddling memberikan banyak kebaikan dan manfaat seperti pasangan lebih erat dan peningkatan kualiti perhubungan.
Entri kali ini Wanista kongsikan 5 jenis posisi cuddling yang terbaik untuk kamu dan si dia. Psst… Kalau kamu nak tahu, no.4 menjadi pilihan kebanyakan pasangan, cepat semak!
Spooning
Walaupun tangan boleh menjadi kejang, tetapi posisi spooning ini menjadi kegemaran orang ramai. Posisi ini dikatakan sangat romantik kerana pasangan di belakang akan membuatkan kamu berasa seperti dibuai dan dilindungi.
Cara-caranya:
Baring di sisi dan menghadap di ke arah yang sama. Untuk big spoon, pastikan badan kamu di belakang pasangan dan peluk si dia. Manakala little spoon pula, kamu adalah pihak yang dipeluk dari belakang.
Face-To-Face
Bukan sekadar posisi untuk fasa bulan madu, tetapi posisi ini sering dilakukan oleh pasangan yang sudah bertahun-tahun lamanya. Ini kerana posisi ini memberi maksud bahawa kamu saling menyukai dan perasaan itu tidak akan pernah hilang.
Cara-caranya:
Baring di sisi secara berhadapan. Letakkan tangan di atas badan si dia dan peluk. Pastikan kedua-dua pihak lakukan langkah yang sama.
Lounge Chair
Posisi lounge chair ini membuatkan pihak di depan berasa dijaga dan diingini setiap masa. Pada masa yang sama, posisi ini juga dapat membantu meningkatkan perasaan perhubungan pada beberapa tahap yang lebih baik.
Cara-caranya:
Untuk pihak di belakang, duduk atau baring dengan keadaan yang sandar dan bentukkan kaki seperti huruf V. Kemudian minta pasangan untuk duduk di bentuk V dan sandar.
Half-Spooning
Sangat intim! Kebaikan daripada posisi ini adalah membantu membina perasaan cinta dan rapat dalam perhubungan. Berbeza daripada spooning, posisi ini hanya memerlukan satu pihak sahaja untuk baring secara sisi.
Cara-caranya:
Satu pihak baring secara terlentang, manakala satu pihak lagi baring di sisi. Pihak yang baring di sisi perlu letakkan kepalanya di celah lengan dan dan tangannya di dada pasangan.
Head-On-Chest
Nak lebih dekat dan rapat dengan si dia? Posisi head-on-chest atau kepala di dada adalah solusinya! Walaupun kamu boleh mendengar nafas dan degupan jantungnya, tetapi posisi ini tidak boleh dilakukan dalam jangka masa yang lama kerana boleh membuatkan pihak di bawah berasa sesak.
Cara-caranya:
Baring secara bersebelahan di mana satu pihak meletakkan kepalanya di atas dada pihak yang lain. Kebiasaannya lelaki akan berada di bahagian bawah, manakala wanita di bahagian atas.
Semak balik, adakah kamu dan pasangan pernah lakukan posisi cuddling di atas?