Orangnya kecil molek, comel, gayanya lurus bendul, transformasi mekap luar biasa menjadikan wanita muda ini TikToker paling popular masa kini.
Kalau anda pengguna TikTok, kalau tak kenal nama Bella Poarch, memang pelik. Dia sangat popular sehingga debut mengeluarkan lagu hit ‘Build a Bitch’.
Dalam kita seronok melihat video di TikTok, siapa sangka wanita 24 tahun ini mempunyai rahsia hidup. Ikuti kisah menyayat hati Bella Poarch.
Berjuang Dengan PTSD, Depression, Anxiety
Menurut Sportskeeda, kemasyuran yang dimiliki sekarang bukan jalan mudah, dia terpaksa berjuang dengan PTSD dan kesihatan mental yang dialaminya.
“Sebelum ini berlaku kepada saya, saya berada di tempat yang sangat gelap. Saya akan bangun berperang dengan depression, PTSD, anxiety saya. Dua senjata terbesar saya untuk melawannya adalah menyanyi atau bermain permainan video.
.@tiktok_us @tiktokcreators ♥️ pic.twitter.com/TFCChzkvAA
— Bella Poarch (@bellapoarch) December 3, 2020
Tapi TikTok membantu dirinya bangun dan cekal meneruskan hidup.
‘Selain itu saya perlu bimbang tentang sewa dan bil setiap hari, saya merasa putus asa, dan merancang untuk menyerah. Kemudian tiba-tiba hidup saya berubah kerana aplikasi; untuk pertama kalinya dalam hidup saya, saya bangun dan maju ke hadapan, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada TikTok kerana mengubah hidup saya, tetapi yang lebih penting lagi kerana menyelamatkan nyawa saya.”
Cacah Tatu Untuk Sembunyikan ‘Sesuatu’
Bella Poarch menjelaskan dia mencacah tatu kerana mahu menutup bekas luka akibat penderaan kanak-kanak.
@bellapoarch Reply to @omgtheykilldkenny I had a rough childhood. My scars from abuse made me insecure. And so I had to cover up my scars with tattoos.
“Saya mengalami zaman kanak-kanak yang sukar. Parut saya dari penderaan menjadikan saya tidak selamat. Oleh itu, saya terpaksa menutup bekas luka dengan tatu.
Dipetik dari H3 Podcast;
“Saya mesti bangun pada pukul 4 pagi setiap hari. Saya terpaksa menyelesaikan semua tugasan. Saya akan menyapu halaman dan membersihkan najis haiwan. Saya mesti bersihkan kerana jika tidak, ayah tiri saya akan sangat marah kepada saya.
Poarch juga menjelaskan bahawa dia akan “ditampar” jika ayah tirinya marah. “Ia sukar kerana di Filipina, apa sahaja yang berlaku di rumah jiran anda, anda harus buat hal sendiri,” jelasnya.
Bintang TikTok itu mengatakan bahawa dia telah berusaha untuk mendapatkan pertolongan, tapi tidak ada orang dewasa yang bersedia campur tangan.
Tak sangkakan, di depan dia kelihatan comel dan bersahaja tapi sebenarnya dia berjuang nak meneruskan hidup. Wanista harap Bella cekal dan terus aktif di TikTok dengan video-video yang fun.