Bak kata pepatah, “ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak bukan ke nasi”.
Menjadi buah mulut ramai, wajah terkini Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dikatakan mirip seperti ibunya.
Berusia 13 tahun, YTM Puteri Ameerah merupakan zuriat kedua hasil perkahwinan di antara bekas pengacara televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Sangat Cantik Dan Manis Seperti Ibunya!
Berbeza dengan gaya sebelum ini, penampilan dan wajah terkini YTM Puteri Ameerah mendapat pujian ramai apabila tampil berhijab.
Bukan itu sahaja, beliau juga gemar bergaya dengan memadankan aksesori, tudung dan pakaiannya. Semakin meningkat usia, wajah YTM Puteri Ameerah yang cantik dan manis itu dikatakan mewarisi daripada ibunya iaitu Azrinaz.
3 Fakta Mengenai YTM Puteri Ameerah
#1 YTM Puteri Ameerah pernah mendapat pendidikan awal di International School Brunei (ISB). Kini beliau meneruskan pendidikannya di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei).
#2 Selepas perceraian Azrinaz dan Sultan Brunei, ibunya tidak mendapat hak penjagaan kedua-dua anak kerana mereka (YTM Puteri Ameerah dan YTM Putera Abdul Wakeel) merupakan waris Sultan Brunei.
#3 Buat yang tidak tahu, YTM Puteri Ameerah merupakan adinda kepada Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel.