“Kau ni sekejap melenting, sekejap sedih memanjang, apa masalahnya? Cuba bawa bertenang.”
Kemurungan adalah gangguan kesihatan mental yang mempengaruhi perasaan, pemikiran dan tindakan seseorang. Akibatnya, seseorang yang menderita kemurungan sering merasa sedih untuk waktu yang lama, putus asa dan kehilangan minat terhadap hobi atau aktiviti biasa yang dilakukan.
Kemurungan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti genetik, hormon dan faktor persekitaran. Menurut The Minds Journal, kemurungan juga boleh disebabkan oleh kesan personaliti yang berkait dengan zodiak seseorang juga.
Capricorn
Capricorn cenderung untuk mempunyai sikap tenang walaupun berada dalam tekanan, tapi itu tidak menjadikan Capricorn bebas dari kemurungan.
- Foto – Cleveland Clinic
Sikapnya yang tenang sebenarnya adalah bentuk ketidakupayaan Capricorn untuk meluahkan perasaan. Capricorn adalah orang yang murung, berfikiran tertutup dan terbiasa dengan situasi putus asa sehingga mereka terdedah kepada kemurungan.
Scorpio
Scorpio cenderung menderita kemurungan nak dibandingkan dengan zodiak lain. Hal ini kerana Scorpio mudah merasa kesepian, kehilangan dan perpisahan. Tetapi Scorpion tidak akan pernah mahu mengakui atau menceritakan apa yang dirasa kerana takut orang lain akan memanfaat kelemahan tersebut.
Scorpio lebih rela memendam perasaan dan menyangkal emosi negatif, keadaan ini menjadikan kemurungan Scorpion boleh menjadi parah.
Cancer
Cancer sangat sensitif dan penyayang, inilah yang membawanya kepada kemurungan. Keadaan ini boleh bertambah buruk dengan pemikiran negatif yang sering muncul dalam fikiran, beranggapan tidak ada yang pedulikan mereka.
- Foto – Men’s Health
Sama seperti Scorpion, Cancer juga lebih suka memendam dan menyimpan kesedihan daripada berkongsi dengan orang lain.
Pieces
Pieces paling terdedah dengan kemurungan. Mereka dilahirkan tertekan, mempunyai kecenderungan untuk melakukan pengorbanan diri. Di sebalik senyuman dan kedegilannya, Pieces menyimpan kesedihan yang mendalam yang menyebabkan dia terdedah kepada kemurungan.
Mereka sangat baik dan penyayang, tetapi mereka juga boleh merosakkan diri, clingy, dan tidak hidup dalam dunia nyata.
Gemini
Gemini adalah orang yang sangat cerdas, dinamik dan peramah, tetapi mereka boleh tertekan jika mereka menjalani rutin yang membosankan atau jika mereka berada dalam kedudukan di mana mereka tidak dapat bersuara dan bebas mengemukakan idea.
- Foto – Healthline
Bila zodiak lain lebih suka menderita dalam kesunyian, Gemini memilih untuk menangani kemurungan dengan menjadi lebih sibuk lagi.
Sebenarnya kaitan kemurungan dengan zodiak adalah subjektif, terpulang untuk anda mempercayainya atau sekadar jadikan bahan bacaan.