Memang jatuh cinta lepas tengok penampilan Shin Min Ah sebagai Yoon Hye Jin dalam K-Drama “Hometown Cha-Cha-Cha”. Sudahlah memang cantik, tambah pula dengan mekap ringkas dan segar lagi naik seri wajahnya.
Kamu pasti tertanya-tanya bagaimana caranya nak lakukan mekap yang ringkas dan segar seperti Yoon Hye Jin. Jangan risau Wanista kongsikan triknya dalam entri kali ini. Yang paling best, mekap Yoon Hye Jin ini boleh dijadikan sebagai mekap harian ye.
5 Langkah Mudah Untuk Mekap Seperti Yoon Hye Jin
#1 Moisturizer Dan Sunscreen
Pertama sekali sebelum mengenakan mekap di wajah, pakai moisturizer dan sunscreen terlebih dahulu. Langkah ini penting untuk mendapatkan hasil mekap yang lebih sempurna dan flawless.
Selain berfungsi sebagai pelembap, moisturizer juga boleh dijadikan sebagai primer untuk memberikan hasil mekap yang matte dan tidak berminyak. Manakala sunscreen pula berfungsi untuk lindungi kulit daripada sinaran UV.
#2 Solekan Asas Yang Ringan
Seterusnya penting untuk kamu pilih solekan asas yang betul. Trik di sini adalah gunakan cushion untuk dapatkan natural look. Untuk info kamu, penggunaan cushion lebih ringan dapat memberikan coverage yang lebih baik.
Tapi ingat, pilih shade cushion yang selaras dengan warna kulit kamu ye.
#3 Eye Look Yang Simple
Mekap natural bukan bermaksud kamu tak perlukan solekan di bahagian mata. Pada bahagian mata, pilih eyeshadow berwarna coklat muda atau nude. Tambah pula eyeliner di bahagian tightline untuk tonjolkan mata kamu.
Untuk bahagian kening pula, lukis kening gaya lurus seperti kebanyakan wanita Korea zaman kini. Gunakan pensil kening berwarna coklat atau kelabu. Jangan lupa untuk lengkapkan eye look kamu dengan maskara ye.
#4 Blush On Sangat Penting
Nak nampak lebih segar, tambahkan solekan wajah dengan pilihan blush on yang berwarna natural seperti warna coral atau peach. Warna-warna tersebut mampu berikan kesan yang segar dan seri pada wajah.
Tapi jangan pula kamu sapu secara tebal, hanya sapu nipis-nipis sahaja okay?
#5 Guna Warna Lipstick Cerah
Langkah yang terakhir adalah lipstick! Untuk makeup look yang perfect, pilih warna lipstick yang cerah seperti natural pink, oren atau warna lembut iaitu nude dengan hint orange.
Kalau nak bibir nampak lebih plumpy, pilih lipstick atau liquid lipstick yang mempunyai satin finish.
Jadi itulah langkah-langkah untuk dapatkan mekap seperti Yoon Hye Jin dalam “Hometown Cha-Cha-Cha“. Jadi pergi ke kerja atau keluar berjumpa kawan, cubalah gunakan langkah mekap di atas okay.
Selamat mencuba!