Workout sekarang sudah menjadi satu rutin, bukan hanya untuk kurus, ia bagus untuk stamina dan membantu dari segi kesihatan mental.
Orang sekarang banyak mengamalkan tinju untuk kekal fit. Gigi Hadid, Bella Hadid, Adriana Lima, dan juga Blackpink Lisa antara yang berlatih tinju sebagai rutin workout.
Manfaat tinju sangat banyak dan semuanya berkait dalam menjaga minda dan badan anda. Sekiranya anda berminat nak menjinakkan diri dalam tinju, anda mungkin terkejut dengan kebaikan tinju, sebab itulah ia pilihan si cantik Blackpink Lisa.
Baik Untuk Kesihatan Jantung
Tinju memerlukan tubuh badan anda sentiasa bergerak bagi menumbuk dan menangkis serangan lawan. Pada saat inilah jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam darah dan oksigen ke seluruh tubuh badan.
Melatih Paru-Paru & Sistem Pernafasan
- Foto – CGTV
Tinju memerlukan corak pernafasan yang sangat stabil agar peninju tidak mudah penat ketika berada di atas gelanggang. Boxing secara kerap, secara tidak langsung dapat melatih paru-paru dan sistem pernafasan agar ia menjadi lebih baik daripada sebelum ini.
Bakar Kalori
Kalau anda mempunyai masalah berat badan, tinju sangat sesuai untuk anda. Hal ini kerana tinju memerlukan banyak tenaga agar tubuh badan dapat bekerja dengan lebih baik. Disebabkan itu, ia memerlukan banyak kalori untuk dibakar bagi menjana tenaga.
Tinju Dapat Menghilangkan Stress
Tinju adalah terapi! Penyelidikan menunjukkan bahawa boxing membantu melepaskan tekanan fizikal dan mental. Tinju dapat menurunkan hormon stress seperti kortisol, sambil meningkatkan endorfin. Tinju secara semula jadi akan menaikkan mood, yang seterusnya dapat menghilangkan tekanan.
Pertahanan Diri
- Foto – Glamour
Tinju mengajar kita tentang pertahanan diri. Tinju menjadi kita cergas dan kompetitif di gelanggang, jadi ia boleh dimanfaat dalam situasi sebenar bila anda berdepan dengan ancaman. Anda tahu bila mahu bertindak dan mengelak dengan pihak lawan.
Meningkatkan Koordinasi Tubuh Badan
Hal ini kerana tinju memerlukan pergerakan yang cepat dan tangkas. Dengan kerap melakukan tinju, anda dapat melatih pergerakan tangan, kaki dan seluruh tubuh badan agar selaras, tepat dan situ.
Selamat beramal!