Nama Aryan Khan, anak kepada aktor tersohor Bollywood tiba-tiba panas selepas dia ditahan oleh polis Mumbai berikutan terlibat dalam pesta dadah.
Aryan dan tujuh yang lain ditangkap berikutan serbuan di sebuah pesta kapal persiaran di pantai Mumbai oleh Narcotics Control Bureau (NCB).
Serbuan Berprofil Tinggi
Jejaka muda yang sedang mengikuti pengajian di Amerika Syarikat ditahan dalam serbuan berprofil tinggi kerana terlibat dalam pembelian, pemilikan dan penggunaan dadah. Dalam serbuan itu, dijumpai 13 gram kokain, 22 pil MDMA (ekstasi), 5 gram MD (Mephedrone), dan 21 gram chara.
- Foto – Zoom TV
“Semasa serbuan, para suspek digeledah dan terdapat pelbagai jenis dadah yang tersembunyi di dalam pakaian wanita, seluar dalam dan beg tangan,” menurut keterangan NCB.
Aryan Khan Mengaku Salah
Aryan walau bagaimanapun tidak dapat menafikan kerana dalam perbualan WhatsApp, anak bintang hebat itu ada membincangkan hal dadah dengan suspek lain.
Mengakui kesalahannya, Aryan berkata, “Saya memahami alasan penangkapan saya dan telah memberitahu perkara yang sama kepada ahli keluarga.”
- Foto – Instagram
Sehingga kini, NCB masih menjalankan siasatan untuk mendapatkan bukti lain. Sementara itu, keluarga Aryan Khan belum memberikan maklumat.
Dilaporkan, Shah Rukh Khan yang dalam jadual ke Sepanyol kerana pengambaraan filem terpaksa menangguhkan penerbangannya.